Saturday, April 4, 2009

Hari Ke-57 ( Minggu Ke-10 ) Praktikum SMK KKB

Kaunselor Bersatu Mengkaunselingkan Klien

Pelatih & Rakan Sebaya (PRS)

Masakkan Ikhlas Dari Pelajar Khas Untuk Kaunselor Pelatih

Jumaat ( 3 April 2009 Bersamaan 7 Rabiul'Akhir 1430H ) : Pagi hari ini lebih banyak masa untuk mengemaskini laporan dan catatan harian sepanjang minggu yang tertangguh. Walau bagaimanapun hanya 1 sesi kaunseling kelompok sahaja mampu dijalankan bagi penghujung minggu ke-10 ini.

Friday, April 3, 2009

Hari Ke-56 _ Khamis _ Minggu Ke-10

Sesi Bimbingan Kelompok (Kemahiran Membaca)

2 April 2009 ( 6 Rabiul'Akhir 1430H ) : Seawal pagi lagi sesi bimbingan kelompok dijalankan, yang sememangnya bagi memenuhi jam sesi kelompok yang perlu diselesaikan di dalam bulan terakhir ini. Alhamdulilah, sambutan para pelajar untuk datang ke bilik kaunseling untuk mendapatkan perkhidmatan memberi respon yang positif. Sehinggakan sesi individu tidak mendapat sambutan berbanding dengan sesi kelompok, para pelajar silih berganti untuk tidak jemu-jemu datang ke UBK.


Pelajar Menunggu Giliran Bagi Sesi Kelompok

Wednesday, April 1, 2009

April Terakhir Buat Mu...

"24 Hari Lagi" Setia Mesra Membantu !!!

1 April 2009 (5 Rabiul Akhir 1430H) : Memasuki hari ke-55 latihan intership, sememangnya hari ini bimbingan kelompok lebih banyak dilaksanakan...

Hari Ke-54 _ Selasa _ Minggu Ke-10 Praktikum

Kemeriahan Akhir Mac 2009

31 Mac 2009 ( 4 Rabiul Akhir 1430H ) : Sememangnya hari ini dipenghujung bulan mac dan akan memasuki fasa terakhir latihan intership, banyak laporan yang perlu untuk disempurnakan sebelum menamatkan perjuangan. Walaupun dalam keadaan report disoder, sememangnya senyuman dan kemeriahan antara terapi yang terbaik untuk menghilangkan segala tekanan yang menimpa.

Hari Ke-53 _ Isnin _ Minggu Ke-10 Praktikum

Kenangan Bersama Anak En.Aziz Yatim

30 Mac 2009 (3 Rabiul Akhir 1430H) : Suasana pagi perhimpunan disetiap pagi isnin sememangnya rasa segar untuk memulakan dan meneruskan lagi perjuangan latihan intership dibumi kuala kubu bharu ini.