Monday, January 26, 2009

23 Januari 2009M / 26 Muharam 1430H


Ikral Aku Janji Pelajar Tingkatan 3

Alhamdulilah, hari ini berakhirlah Program Maju Diri bagi pelajar Tingkatan 3, yang telah berlangsung selama 2 minggu lagi yang telah melibatkan para pelajar Tingakatan 1, 4 dan 3. Hari ini juga adalah hari terakhir persekolahan kerana SMK KKB akan bercuti selama 1 minggu pada minggu depan sempena sambutan Tahun Baru Cina. Sememangnya aku menarik nafas lega, setelah 2 minggu berada di sekolah ini dapatlah tenangkan fikiran seketika semasa cuti kali ini. Walaupun sudah berada 2 minggu di sekolah ini, aku sedari sesi kaunseling belum lagi dapat aku jalankan, tahu-tahu saja lah, selama 2 minggu ni sibuk sepanjang hari berada di dalam dewan mengendalikan program pertama aku Program Suai Mesra bersama warga sekolah ini. Waktu petang pula, aktifkan diri dengan mesyuarat, bengkel dan acara sukan sekolah, manakala waktu malam pula bersama pelajar asrama dalam program orentasi. Faham-fahamlah, program malam selesai dalam pukul 12.30 tengahmalam, lepas itu nak balik Tanjung Malim dari Kuala Kubu ni memang badan rasa penat, jawapnya masuk je dalam bilik kat kolej kediaman tu, jawapnya baring terus, sedar-sedar dah subuh. Begitulah rutin aku sepanjang 2 minggu ni. Walau apa pun aku tetap anggap apa yang aku tengah lalui ini adalah satu proses untuk berjaya dan maju ke hadapan. Alhamdulilah hampir semua dah selesai untuk mempromosikan di kepada para pelajar. Sememangnya cuti seminggu ini dapat jugalah study teori sebelum sesi kaunseling akan aku jalankan semasa buka sekolah nanti. Time cuti ini juga dapatlah aku kerja part-time kat FRIM, Kepong nak tambah duit untuk praktikum ini yang berbaki 3 bulan lagi, memang tak sabar lagi nak habiskan liku-liku seorang mahasiswa nak dapatkan segulung ijazah pendidikan. Tapi cuti 1 minggu ni kalau tidak bijak untuk manfaatkan, pasti ia berlalu macam tu je. Ye lar, bukan sekolah ni nanti, awal bulan Februari, Program Maju Diri diteruskan lagi selama seminggu lagi bagi pelajar Tingkatan 2, 5 dan 6 Atas, dalam fikiran ni macam mana lah nak menjawap kalau Dr. Jazimin datang untuk menyelia time-time kelam-kabut kat dalam dewan, moga-moga Dr.Jazimin datang minggu ke-2 bulan depan, insyAllah pensyarah tu memang terkenal dengan budibicaranya, moga-moga beliau faham keadaan kami di sekolah ini.

Sesi Bimbangan Kelompok

Sememangnya program sebegini yang melibatkan kelompok pelajar setiap tingkatan, memudahkan sesi bimbingan kelompok dijalankan sepanjang hari, dan mungkin ini juga cara terbaik untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang kepentingan sesi kaunseling dalam membentuk diri mereka lebih bermotivasi. Sesi slot kedua pula hari ini adalah slot taklimat disiplin yang disampaikan oleh penolong kanan HEM yang seterusnya majlis menandatangani surat aku janji dan bacaan ikral para pelajar sehinggalah waktu persekolahan tamat pada pukul 12.30 tengahari. Manakala pada sesi petang pula, tidak ada sebarang aktiviti dijalankan kerana waktu ini terutamanya para pelajar asrama sibuk mengemas barang untuk balik ke kampung masing-masing.

Menandatangani Surat Aku Janji


Bacaan Ikral Pelajar

22 Januari 2009M / 25 Muharam 1430H

Program Maju Diri Pelajar Tingkatan 3

Alhamdulilah, hari ini bermulalah Program Orientasi bagi pelajar Tingkatan 3 pula yang sememangnya peluang menjalankan bimbingan kelompok adalah masa yang sesuai. Dengan bertemakan Kemahiran berkomunikasi dan kemahiran belajar dengan berkesan adalah bersesuaian kepada para pelajar Tingkatan 3 yang akan menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada hujung tahun ini. Bagi slot kedua pula, iaitu selepas waktu rehat dalam pukul 10.30 pagi, aktiviti bimbingan diteruskan lagi dengan bertemakan Menjana Motivasi dalam kalangan para pelajar agar mereka lebih bermatlamat dalam mencapai apa jua bidang yang diceburi terutamanya dalam bidang pendidikan. Hampir setengah hari berada di dalam dewan, aktiviti sebelah petang pula diteruskan dengan latihan rumah sukan sehinggalah pada pukul 5.00 petang. Manakala malam ini adalah malam terakhir bagi program orentasi pelajar asrama sekolah. Sememangnya malam yang terakhir ini membuat aku bersemangat bersama para pelajar yang berada di dalam asrama sekolah yang selama ini aku tidak pernah mengalaminya sendiri semasa zaman sekolah aku.
LDK 1 : IRON CHEF

LDK 2 : JOM BORAK !!!
KENANGAN TERAKHIR MALAM DENDAAN




21 Januari 2009M / 24 Muharam 1430H

Orentasi & Bacaan Ikral Pelajar Tingkatan 4

Bimbingan kelompok diteruskan lagi pada hari ini yang melibatkan semua pelajar Tingkatan 4 SMK KKB. Melalui program sebegini sememangnya berjaya menarik minat para pelajar bukan sahaja mereka dapat bimibingan malah perkongsian ilmu tentang bagaimana meningkatkan potensi diri dan dalam membina matlamat untuk mencapai kejayaan. Pada penghujung slot hari ini iaitu pada pukul 11.30 pagi, sebelum para pelajar ini menandatangani dan seterusnya membacakan ikral pelajar, terlebih dahulu Guru Disiplin menjelaskan secara terperinci bagaimana penggunaan mata penalti digunakan sehinggalah pelajar tersebut boleh digantung sekolah.

Setiap Ketua Kelas Menandatangani Surat Aku Janji


Bacaan Ikral Pelajar Tingkatan 4

Berakhirnya Orentasi pelajar Tingkatan 4, aktiviti aku diteruskan lagi dengan menghadirkan diri mesyuarat ko-kurikulum iaitu perjumpaan setiap kelab dan persatuan bagi membentuk ahli jawatankuasa yang baru pada pukul 2.00 petang. Manakala pada pukul 3.00 pula, latihan rumah sukan diteruskan sehinggalah pada pukul 5.00 petang. Di sebelah malam pula, bermula pukul 9.00 malam bagi meneruskan lagi program orentasi pelajar asrama dengan malam kebudayaan yang sememanya membuatkan hati terhibur dengan aksi-aksi lucu dari para pelajar yang membuat persembahan pada malam ini. Sememangnya hilang rasa keletihan sepanjang hari berada di sekolah.

Malam Kebudayaan

Sunday, January 25, 2009

20 Januari 2009M / 23 Muharam 1430H

Program Maju Diri Tingkatan 4

Memasuki hari ke-8 berada di sekolah, meneruskan lagi aktiviti PMD yang masuk minggu ke-2 dengan hari ini Orentasi Pelajar Tingkatan 4 yang bermula seawal pukul 7.30 pagi sehinggalah tamat waktu persekolahan iaitu pukul 1.50 petang. Seharian berada di dalam dewan bersama para pelajar sememangnya amat meletihkan badan dengan ditambah lagi terdapat segelintir pelajar yang tidak mendengar kata terutamanya kalangan pelajar cina yang kurang fasih dan kurang memahami apa yang disampaikan. Walau bagaimana pun, agenda di teruskan dengan memberi bimbingan kepada para pelajar tersebut. Mengenali Potensi Diri adalah tajuk yang disampaikan pada slot pagi dengan diselitkan beberapa aktiviti mengerakkan badan bagi menyegarkan para pelajar yang kelihatan mengantuk semasa ceramah disampaikan. Manakala sesi petang pula, berlangsungnya latihan sukan satiap rumah sukan yang terlibat. Rumah sukan sekolah ini terbahagi kepada empat iaitu Rumah Merah mewakili Negrei Selangor, Rumah Kuning mewakili Negeri Sembilan, Rumah Hijau mewakili Negeri Perak dan Rumah Biru mewakili Negeri Pahang.

Latihan Sukan

Aktiviti sebelah malam pula diteruskan lagi dengan Orentasi Pelajar Asrama yang telah memasuki hari ke-5. Sememangnya berulang-alik dari Tanjung Malim ke SMK KKB ini amat memenatkan dan menyeramkan kerana jalan yang sunyi sewaktu balik lewat malam dalam pukul 12.30 tengahmalam. Walau apa pun semangat itu penting untuk mendekati para pelajar agar proses sepanjang berada di sekolah ini berjalan dengan baik sekali. Aktiviti malam ini adalah musahabah diri setiap diri pelajar yang baru memasuki zaman asrama. Aktiviti permulaan pada malam ini adalah aktiviti kotak beracun.
Aktiviti Kotak Beracun

Sub-Concious