Saturday, March 28, 2009

Hari Ke-52 : Pergalaman Bernilai Bakal Kaunselor

Mesyurat Membitarakan UBK

1 Rabiul Akhir 1430H (28 Mac 2008) : Perbincangan selama hampir 5 jam pada pagi sabtu hari ini yang bertemakan Membitarakan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling, sememangnya peluang yang amat berguna di bawah suasana sekolah bestari perdana ini. Banyak input yang menarik untuk dijadikan kekuatan dan perngalaman yang bernilai sebagai guru praktikum, yang mungkin rakan-rakan lain tidak berkesempatan untuk merasai perkongsian ilmu sebegini. Alhamdulilah, dalam suasana yang santai dalam membincangkan hala tuju Unit Bimbingan & Kaunseling menjelang tahun 2015, sememangnya segala perkongsian berjalan dengan ceria dan telus. Agenda yang pertama dibincangkan adalah membina panduan menyelaraskan laporan harian guru bimbingan dan kaunseling. Perkara penting yang diperolehi melalui agenda yang diutarakan ini adalah, dalam mencapai sasaran melahirkan Guru Cemerlang dari bimbingan dan kaunseling adalah aspek yang penting dilihat format atau gaya penulisan dalam buku laporan Guru Bimbingan dan Kaunseling haruslah diselaraskan. Apa yang menarik disini, lahir dalam hati ingin menyuarakan pendapat kepada pihak universiti, terutamanya Jabatan Bimbingan & Kaunseling, iaitu sebagai universiti pendidikan, dari aspek buku laporan praktikum, seharusnya diselaraskan dengan bahan yang sama digunakan diperingkat sekolah itu sendiri, hal ini kerana adalah persediaan guru-guru pelatih memasuki seting sekolah yang sebenarnya. Sememangnya banyak lagi agenda yang telah dibincangankan sepanjang setengahari hari ini, yang telah menyedarkan betapa bertuahnya berada di salah sebuah sekolah bestari perdana di hulu selangor ini. Walau bagaimanapun, dalam mencapai kebitaran UBK, siri perbincangan akan diteruskan lagi dalam menilaikan dan membantu UBK diperingkat sekolah yang berstatus perdana ini mencapai sasaran dan misi yang diimpikan pada tahun 2015 nanti.


Dalam masa yang sama juga, pada pagi diadakan mesyuarat/kursus kecemerlangan akademik bersama guru-guru dan pengetua, dan sememangnya hampir keseluruhan guru-guru telah berada di sekolah pada pagi ini. Atas kesempatan tersebut, telah diadakan sambuatan hari lahir kepada guru-guru yang lahir pada bulan januari, februari dan mac pada tahun ini. Walau bagaimanapun, dalam keceriaan dan ketenangan pagi ini, sememangnya terselit peristiwa yang tidak pernah diduga, walaupun rakan praktikum yang menjadi sasaran, sudah semestinya terkena tempiasnya. Begitulah cabaran dalam menceburi bidang pendidikan hari ini yang memerlukan kekuatan dari segenap aspek.


Hari Ke-51 (Jumaat _ Minggu Ke-9 _ 27 MAC 09 )

Bimbingan Kerjaya

30 Rabiul Awal 1430H : Alhamdulilah, pagi jumaat ini sememangnya terasa singkat masa berlalu. Seperti biasa penghujung minggu setiap hari persekolahan, buku laporan perlulah untuk disiapkan dan antara aktiviti sepanjang hari ini hanyalah berkesempatan menjalankan dua sesi bimbingan.

Sambutan Hari Ke-50 Latihan Intership (Praktikum)


29 Rabiul Awal 1430H (26 Mac 2009M) : Tepat 8.30 pagi, Dr.Jazimin tiba untuk menjalankan penyelia bagi siri kedua bagi latihan intership ini. Menyedari hakikat banyak kelemahan yang dihadapi, sememangnya ia satu proses pembelajaran yang berguna dan menarik sekali. Beberapa aspek perlu untuk mengetahui bagaimana menjalankan sesi kaunseling. Sejurus daripada penyelia yang telah dijalankan, perkongsian ilmu yang menarik juga bersama Cikgu Rohaizad tentang persoalan "Dimanakah tempat sesuai untuk posting? antara bumi orang atau dinegeri kelahiran sendiri". Manakala dalam sesi petang pula, sesi kaunseling kelompok berjaya dijalankan, sememangnya dalam sesi ini ada sesuatu yang menarik adalah persoalan "Masalah orang jadi masalah sendiri". Begitulah secara ringkas dan persoalan antara yang menarik sempena sambutan 50 Hari menjalankan Latihan Instership.

Hari Ke-49 (Rabu _ Minggu Ke-9 _ 25 MAC 09 )

Suasana Ceria Bersama Pelajar Bestari Perdana


28 Rabiul Awal 1430H : Hari ini lebih banyak memasuki kelas sebagai guru ganti, dan hanya beberapa sesi sahaja mampu dijalankan, yang mana masa yang sama menlengkapkan laporan praktikum sebelum berakhirnya perjuangan praktikum di sekolah yang bertuah ini.

Hari Ke-48 (Selasa_Minggu Ke-9_24 MAC 09)


27 Rabiul Awal 1430H : Hari kedua persekolahan, sememangnya semangat juang adalah penting dalam menghadapi cabaran yang tidak pernah untuk diduga. Hari ini, penyelia oleh guru pebimbingan telah pun dijalankan, alhamdulilah berjaya dengan baik, antara persoalan yang menarik untuk dikongsi bersama adalah dalam sesi yang dijalankan sememangnya menyelesaikan sesuatu masalah tidak akan mudah berlaku, hanya yang penting semasa menjalankan sesi, kelegaan klien yang item positif untuk dicapai dan diperolehi.

Sunday, March 22, 2009

Hari Ke-47 Praktikum ( Isnin _ Minggu Ke-9 _ 23 Mac 09 )


Bimbingan Bersama Pelajar Tingkatan 3 Megabait


23 Mac 2009 ( 26 Rabiul Awal 1430 ) : Hari pertama setelah cuti persekolahan berlalu, terus melangkah meyempurnakan perjuangan praktikum yang hanya berbaki sebulan sahaja lagi. Sememangnya rentetan peristiwa sepanjang praktikum akan diteruskan lagi didalam blog ini. Antara yang menarik hari ini adalah persoalan "Sebagai guru yang telah menceburi dunia pendidikan, pendekatan yang lebih menarik yang perlu ada sebagai pendidik masa hadapan khasnya kepada para pelajar HALUS".