Saturday, March 28, 2009

Hari Ke-52 : Pergalaman Bernilai Bakal Kaunselor

Mesyurat Membitarakan UBK

1 Rabiul Akhir 1430H (28 Mac 2008) : Perbincangan selama hampir 5 jam pada pagi sabtu hari ini yang bertemakan Membitarakan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling, sememangnya peluang yang amat berguna di bawah suasana sekolah bestari perdana ini. Banyak input yang menarik untuk dijadikan kekuatan dan perngalaman yang bernilai sebagai guru praktikum, yang mungkin rakan-rakan lain tidak berkesempatan untuk merasai perkongsian ilmu sebegini. Alhamdulilah, dalam suasana yang santai dalam membincangkan hala tuju Unit Bimbingan & Kaunseling menjelang tahun 2015, sememangnya segala perkongsian berjalan dengan ceria dan telus. Agenda yang pertama dibincangkan adalah membina panduan menyelaraskan laporan harian guru bimbingan dan kaunseling. Perkara penting yang diperolehi melalui agenda yang diutarakan ini adalah, dalam mencapai sasaran melahirkan Guru Cemerlang dari bimbingan dan kaunseling adalah aspek yang penting dilihat format atau gaya penulisan dalam buku laporan Guru Bimbingan dan Kaunseling haruslah diselaraskan. Apa yang menarik disini, lahir dalam hati ingin menyuarakan pendapat kepada pihak universiti, terutamanya Jabatan Bimbingan & Kaunseling, iaitu sebagai universiti pendidikan, dari aspek buku laporan praktikum, seharusnya diselaraskan dengan bahan yang sama digunakan diperingkat sekolah itu sendiri, hal ini kerana adalah persediaan guru-guru pelatih memasuki seting sekolah yang sebenarnya. Sememangnya banyak lagi agenda yang telah dibincangankan sepanjang setengahari hari ini, yang telah menyedarkan betapa bertuahnya berada di salah sebuah sekolah bestari perdana di hulu selangor ini. Walau bagaimanapun, dalam mencapai kebitaran UBK, siri perbincangan akan diteruskan lagi dalam menilaikan dan membantu UBK diperingkat sekolah yang berstatus perdana ini mencapai sasaran dan misi yang diimpikan pada tahun 2015 nanti.


Dalam masa yang sama juga, pada pagi diadakan mesyuarat/kursus kecemerlangan akademik bersama guru-guru dan pengetua, dan sememangnya hampir keseluruhan guru-guru telah berada di sekolah pada pagi ini. Atas kesempatan tersebut, telah diadakan sambuatan hari lahir kepada guru-guru yang lahir pada bulan januari, februari dan mac pada tahun ini. Walau bagaimanapun, dalam keceriaan dan ketenangan pagi ini, sememangnya terselit peristiwa yang tidak pernah diduga, walaupun rakan praktikum yang menjadi sasaran, sudah semestinya terkena tempiasnya. Begitulah cabaran dalam menceburi bidang pendidikan hari ini yang memerlukan kekuatan dari segenap aspek.


No comments: