Program Maju Diri Tingkatan 4
Latihan Sukan
Memasuki hari ke-8 berada di sekolah, meneruskan lagi aktiviti PMD yang masuk minggu ke-2 dengan hari ini Orentasi Pelajar Tingkatan 4 yang bermula seawal pukul 7.30 pagi sehinggalah tamat waktu persekolahan iaitu pukul 1.50 petang. Seharian berada di dalam dewan bersama para pelajar sememangnya amat meletihkan badan dengan ditambah lagi terdapat segelintir pelajar yang tidak mendengar kata terutamanya kalangan pelajar cina yang kurang fasih dan kurang memahami apa yang disampaikan. Walau bagaimana pun, agenda di teruskan dengan memberi bimbingan kepada para pelajar tersebut. Mengenali Potensi Diri adalah tajuk yang disampaikan pada slot pagi dengan diselitkan beberapa aktiviti mengerakkan badan bagi menyegarkan para pelajar yang kelihatan mengantuk semasa ceramah disampaikan. Manakala sesi petang pula, berlangsungnya latihan sukan satiap rumah sukan yang terlibat. Rumah sukan sekolah ini terbahagi kepada empat iaitu Rumah Merah mewakili Negrei Selangor, Rumah Kuning mewakili Negeri Sembilan, Rumah Hijau mewakili Negeri Perak dan Rumah Biru mewakili Negeri Pahang.
Latihan Sukan
Aktiviti sebelah malam pula diteruskan lagi dengan Orentasi Pelajar Asrama yang telah memasuki hari ke-5. Sememangnya berulang-alik dari Tanjung Malim ke SMK KKB ini amat memenatkan dan menyeramkan kerana jalan yang sunyi sewaktu balik lewat malam dalam pukul 12.30 tengahmalam. Walau apa pun semangat itu penting untuk mendekati para pelajar agar proses sepanjang berada di sekolah ini berjalan dengan baik sekali. Aktiviti malam ini adalah musahabah diri setiap diri pelajar yang baru memasuki zaman asrama. Aktiviti permulaan pada malam ini adalah aktiviti kotak beracun.
Aktiviti Kotak Beracun
Sub-Concious
No comments:
Post a Comment