Tuesday, April 28, 2009

24 April 2009 MERDEKA Setelah 5 Tahun (2004-2009)

Terima Kasih Warga SMK Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Syukur Alhamdulillah terlebih dahulu saya panjatkan kepada ALLAH SWT kerana dengan lempah kurnia dan izinnya, akhirnya tempoh 14 minggu yang telah diberikan untuk melaksanakan praktikum berjalan dengan lancar tanpa ada perkara yang boleh menyukarkan perjalanan praktikum. Tanpa izin dan rahmatNya pasti saya tidak akan berjaya dalam menempuhi perjalanan latihan praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu, Selangor dengan sebaik yang mungkin. Bersama-sama kesyukuran ini, saya ingin mengambil kesempatan menitip selembar ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan praktikum ini.

Pertamanya, buat ayahanda Mohammed bin Tassim dan bonda tercinta, Latifah bte Ali Hussen, ahli keluarga dan teman-teman yang telah banyak memberikan sokongan moral kepada saya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga serta doa dipanjatkan buat kalian. Tidak lupa kepada pensyarah penyelia saya, Dr. Ahmad Jazimin bin Jusoh yang telah banyak memberikan didikan dan tunjuk ajar, komen serta nasihat yang mampu membimbing saya untuk menjadi kaunselor yang terbaik, jutaan terima kasih saya ucapkan, budi dan jasa Dr. Ahmad Jazimin bin Jusoh takkan saya lupakan. Segala `teguran akan saya perbetulkan bagi memantapkan diri untuk menjadi kaunselor yang profesional selaras dengan apa yang dikehendaki oleh pihak universiti dan kerajaan bagi membantu pelajar di sekolah kelak.

Selain itu, tidak dilupa juga kepada Pengetua SMK Kuala Kubu Bharu, Selangor iaitu Pn Masmin bte Mohd, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan kakitangan sekolah serta pelajar yang banyak menabur jasa sepanjang 14 minggu saya berkampung di sekolah ini.

Jutaan terima kasih juga kepada guru pembimbing En. Rosli bin Sulaiman, dan kepada dua orang guru kaunseling lagi iaitu En. Ahmad Fauzi bin Mohammad Zin dan Pn. Rosmina bte Abdul Hamid, kerana telah banyak memberikan sokongan, bimbingan dan tunjuk ajar. Ucapan terima kasih juga buat rakan-rakan guru pelatih yang sama-sama menjalani praktikum di sekolah ini.

Akhirul kalam, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak sepanjang praktikum ini dijalankan, jasa dan kerjasama yang diberikan tidak terbalas oleh saya. Di harapkan, praktikum yang bermanfaat ini memberi kebaikan kepada semua pihak secara langsung mahupun tidak langsung termasuklah diri saya. InsyaALLAH.

2 comments:

Anonymous said...

Pembetulan name...
Pn.Mazmin binti Mohd.
hee~

waizuri said...

Alhamdulillah...selesai jugak ckgu yerk...he...tahniah2...firstime open blog ckgu sidi..saje nk cari hal..hehehe...anyway..semoga berjaya dalam hidup dan teruskan perjuangan dalam menuntut ilmu..kerana kehidupan yg diiringi dengan ilmu..tidak akan berkurangan dan tidak akan rugi...semoga success n menjadi pakar kaunseling suatu hari nti...wah...he..slamat bercuti..