Tuesday, April 7, 2009

Hari Ke-58 / Minggu Ke-11 _ Praktikum SMK KKB

Plan Gerak Kerja Terakhir Sebelum MERDEKA !!!

Isnin ( 6 April 2009 / 10 RabiulAkhir 1430H ) : Menyedari latihan intership yang telah berada dipenghujungnya, gerak kerja menyiapkan laporan untuk fasa terakhir diteruskan agar segala kerja dapat disempurnakan dengan baik sekali. Walau dalam keaadan sibuk menyiapkan laporan akhir, beberapa pelajar secara sukarela datang ke bilik kaunseling bagi mendapatkan bimbingan dan kaunseling dari kami, guru pelatih kaunseling UPSI disaat-saat akhir perjuangan kami di sekolah bestari perdana ini. Sememangnya dalam kesibukkan menyiapkan laporan akhir, beberapa sesi kaunseling dan bimbingan tetap diteruskan lagi, dengan gelagat beberapa orang pelajar yang sering menghiburkan kami dibilik kaunseling tersebut.

Sesi Bimbingan Bersama


Aksi Pelajar Ponteng Kelas

1 comment:

naem.nakano said...

oit .

ad lak muke ak .

ish3 .

alhamdulillah .

:p