Sunday, March 1, 2009

Isnin _ Minggu Ke-7 _ Hari Ke-36 Praktikum

KEDATANGAN PENGETUA BARU
PUAN MAZMIN BTE MOHD


PEMERIKSAAN DISIPLIN SELEPAS PERHIMPUNAN




PELATIH MAKTAB LATIHAN POLIS

MENJALANKAN PRAKTIKAL SESI KAUNSELING








2 Mac 2009 (5 Rabiulawal 1430) : Alhamdulilah, syukur hari ini telahpun melangkah di bulan baru, bulan Mac iaitu bulan ketiga berpraktikum, sememangnya bahang melabuh tirai praktikum bulan hadapan dapat dirasai semakin dekat, walaupun hati ini telah tertaut dengan karenah para pelajar yang tiap hari menghiburkan hati, kerana apa yang berlaku didepan mata, ia mengimbas kembali kenangan persekolahan aku dahulu. Seawal pagi perhimpunan seperti biasa diadakan pada setiap hari isnin, sememangnya suasana hari ini adalah berlainan dari sebelum kerana kehadiran pengetua baru yang telah mengantikan Tuan Haji Manap Jarkasi iaitu pengetua sebelum ini. Selepas sahaja selesai perhimpunan pagi, aku telah mendapat arahan untuk masuk ke kelas sebagai guru ganti dan ianya aku mengambil kesempatan untuk menyambung mengemaskini laporan sesi yang telah dijalankan sebelum ini. Alhamdulilah, kehadiran beberapa orang pelajar yang secara sukarela ingin mendapatkan perkhidmatan sesi kaunseling sememangnya dinantikan, dan temujanji terlebih dahulu dibuat agar masa dapat disusun dengan sempurna. Kehadiran para pelajar kaunseling semester 6 yang akan menjalankan program pada hujung minggu ini sememangnya memudahkan segala urusan yang sebelum ini tergendala atas maklumat yang kurang sempurna. Manakala bagi sesi petang pula, hari ini kehadiran seramai 25 pelatih dari Maktab Latihan Polis akan menjalankan sesi kaunseling yang akan berlangsung selama 3 hari sehinggalah hari rabu ini. Sememangnya hari ini, sesi kaunseling berjaya dijalankan dan beberapa sesi bimbingan diadakan yang perlu untuk dipenuhi dalam aktiviti sepanjang berada disekolah. Terasa celaru sedikit dalam fikiran ini kerana menyiapkan beberapa laporan sesi dan program yang secepat mungkin perlu disiapkan. Ternyatakan hari sedikit tekanan aku alami kerana dalam fikiran ini hanya memikirkan jumlah jam yang belum lengkap lagi untuk dipenuhi sebagai syarat sepanjang latihan intership ini, dalam keadaan pihak sekolah yang banyak program yang dijalankan. Walau bagaimanapun, tanpa tekanan, sesuatu itu tidak akan pergi jauh, semoga hari-hari yang mendatang memberi aku semangat untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Saturday, February 28, 2009

Sabtu _ Minggu Ke-6 _ Hari Ke-35 Praktikum









28 Feb 2009 (3 Rabiulawal 1430) : The Last February...

Friday, February 27, 2009

Jumaat _ Minggu Ke-6 _ Hari Ke-34 Praktikum

MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA

Sajak Istimewa "BUKAN MENYAT BUKAN BEJAT"

"Kerjani seng apek-apek
Mangan ne seng enak-enak
Seng lawas ojo dikapa'i
Neng ngarep didelok-deloke"
Kau pergi jua
Setelah cinta membara
Belum puas kucurahkan kasihmu
Kau pergi biarkan kembali
Kau pergi bukan gugur
Bukan menyat, bukan bajet
Siro datang kami tatang bukan tentang
Suara terngiang wajah terpandang
Walau mimpi menjelang
Pengubat rindu SMK Gemilang
Pejuang tidak kenal bisa keris
Walau dihunus mendepa awan
Pejuang ini bukan hero di medan perang
Bukan 'wonder pet' cuma slogan
"Apa yang penting" KERJASAMA"
Tapi pena bisa menulis, merencana, melaksana
Angan dan igauan capai kejayaan
Biar di mana Tuan melata
Ke laut pulaulah jadinya
Ke darat gununglah adanya
Tuan disayangi tidak diratapi
Kerana jasa budi Tuan
banyak yang menjadi
Kita jauh tapi hampir
lalu ke mari sudilah mampir
Tidak dijengok sejarah silam
Biar kelam dijarah zaman
Selamat bertugas biar tegas
Demi wangsamu terus bingkas
Terima Kasih Tuan Haji Manap bin Jarkasi!

















































































27 Feb 2009 (2 Rabiulawal 1430) : Alhamdulilah, sememangnya hari ini adalah hari terakhir dan minggu terakhir aku berada di bulan Februari, rasanya semakin dekat aku akan meninggalkan sekolah ini, rasa sayang yang akui mula wujud dalam hati ini kepada sekolah dan para pelajar setelah melalui baru sebulan berada di sekolah. Pagi ini, dalam suasana yang tenang, telah pun diadakan Majlis Perhimpunan Khas sempena perpisahan pengetua kanan SMK KKB.