Sunday, March 1, 2009

Isnin _ Minggu Ke-7 _ Hari Ke-36 Praktikum

KEDATANGAN PENGETUA BARU
PUAN MAZMIN BTE MOHD


PEMERIKSAAN DISIPLIN SELEPAS PERHIMPUNAN




PELATIH MAKTAB LATIHAN POLIS

MENJALANKAN PRAKTIKAL SESI KAUNSELING








2 Mac 2009 (5 Rabiulawal 1430) : Alhamdulilah, syukur hari ini telahpun melangkah di bulan baru, bulan Mac iaitu bulan ketiga berpraktikum, sememangnya bahang melabuh tirai praktikum bulan hadapan dapat dirasai semakin dekat, walaupun hati ini telah tertaut dengan karenah para pelajar yang tiap hari menghiburkan hati, kerana apa yang berlaku didepan mata, ia mengimbas kembali kenangan persekolahan aku dahulu. Seawal pagi perhimpunan seperti biasa diadakan pada setiap hari isnin, sememangnya suasana hari ini adalah berlainan dari sebelum kerana kehadiran pengetua baru yang telah mengantikan Tuan Haji Manap Jarkasi iaitu pengetua sebelum ini. Selepas sahaja selesai perhimpunan pagi, aku telah mendapat arahan untuk masuk ke kelas sebagai guru ganti dan ianya aku mengambil kesempatan untuk menyambung mengemaskini laporan sesi yang telah dijalankan sebelum ini. Alhamdulilah, kehadiran beberapa orang pelajar yang secara sukarela ingin mendapatkan perkhidmatan sesi kaunseling sememangnya dinantikan, dan temujanji terlebih dahulu dibuat agar masa dapat disusun dengan sempurna. Kehadiran para pelajar kaunseling semester 6 yang akan menjalankan program pada hujung minggu ini sememangnya memudahkan segala urusan yang sebelum ini tergendala atas maklumat yang kurang sempurna. Manakala bagi sesi petang pula, hari ini kehadiran seramai 25 pelatih dari Maktab Latihan Polis akan menjalankan sesi kaunseling yang akan berlangsung selama 3 hari sehinggalah hari rabu ini. Sememangnya hari ini, sesi kaunseling berjaya dijalankan dan beberapa sesi bimbingan diadakan yang perlu untuk dipenuhi dalam aktiviti sepanjang berada disekolah. Terasa celaru sedikit dalam fikiran ini kerana menyiapkan beberapa laporan sesi dan program yang secepat mungkin perlu disiapkan. Ternyatakan hari sedikit tekanan aku alami kerana dalam fikiran ini hanya memikirkan jumlah jam yang belum lengkap lagi untuk dipenuhi sebagai syarat sepanjang latihan intership ini, dalam keadaan pihak sekolah yang banyak program yang dijalankan. Walau bagaimanapun, tanpa tekanan, sesuatu itu tidak akan pergi jauh, semoga hari-hari yang mendatang memberi aku semangat untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

No comments: