5 Mac 2009 ( 8 Rabiulawal 1430 ) : Alhamdulilah, pagi ini aku sampai ke sekolah awal seperti biasa, terasa lega juga walaupun pengetua sekolah terpacak berdiri dihadapan pintu masuk sekolah, yang memerhatikan para pelajar dan para guru tiba. Seperti biasa sebelum naik ke bilik kaunseling, santapan pagi dulu perlu diselesaikan agar kognitif berfungsi dengan baik dalam akan berhadapan dengan para pelajar yang tidak diduga hadirnya ke bilik kaunseling. Kesempatan bersarapan pagi bersama beberapa orang guru, sememangnya banyak isu yang menarik untuk dikongsi dan didengar, hubungan yang baik terjalin dengan guru-guru sememangnya banyak ilmu yang baru diperolehi. Tanpa berlega, aku meneruskan langkah ke bilik guru untuk menemui rakan-rakan sepraktikum untuk mendapatkan maklumat tentang para pelajar yang perlu dirujuk untuk dibimbing. Beberapa minit kemudian, aku meneruskan langkah naik ke bilik kaunseling, dalam fikiran ni hanya perlu siapkan laporan harian je. Walaubagaimanapun, pagi-pagi ada pelajar yang datang setelah dirujuk oleh guru kelas, walau bagaimanapun kehadiran pelajar dinanti-nanti untuk mendapatkan sesi kaunseling atau bimbingan. Pagi ini juga beberapa ibubapa datang untuk berjumpa dengan kaunselor bagi mereka yang tidak dapat hadir sewaktu majlis akur janji pada minggu lepas. Dalam pukul 9.00 pagi, arahan mengejut dimaklumkan kepada kami kaunselor pelatih bahawa sekarang diadakan mesyuarat tergempar bersama pengetua baru. Dari awal lagi sememangnya diduga apa yang akan berlaku dan disampaikan, hanya dapat dirumuskan melalui pertemuan kali pertama ini dengan madah "Kusangkakan Tenang Sampai Ke Petang, Rupanya Petir Di Tengahari". Sejurus daripada mesyuarat tergempar tersebut, aku terus ke dewan asrama, kerana diadakan seminar menjawab soalan Bahasa Inggeris SPM yang dikendalikan oleh penceramah luar. Beberapa minit kemudian, aku kembali ke bilik kaunseling, kerana menantikan beberapa pelajar yang sukarela untuk mendapatkan sesi kaunseling. Bagaimanapun, pukul 12.30 tengahari aku mendapat tugas sebagai guru ganti di Tingkatan 1 Bios, yang menarik disini, aku mula merasa yakin dalam mengawal para pelajar didalam kelas, mungkin betul orang kate adakalanya kita perlu tegas dalam mendidik. Semasa mengawal kelas, aku menjalankan aktiviti bimbingan kepada para pelajar tentang memahami sesuatu arahan yang diberikan, sehinggalah tamat waktu persekolahan, terasa sekejap masa berlalu bersama pelajar sepanjang berada di dalam kelas tersebut. Bagi pengisian waktu petang pula, alhamdulilah ada juga pelajar datang untuk mendapatkan khidmat kaunseling, sekurang-kurangnya ada juga pengisian diwaktu petang berada di sekolah. Alhamdulilah hari ini walaupun fikiran sedikit tergangu, sememangnya ia memberi semangat untuk menjadi yang terbaik, moga-moga dipermudahkan segala urusan olehNYA sehinggalah hari terakhir.InsyALLAH
Wednesday, March 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment