Tuesday, May 5, 2009

Di Mana Kan Ku Cari Ganti


Apa maknanya impian
Datang dan pergi
Membawa hati menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi,

Kau... kah di situ
Yang menanti ku,
Atau jelmaan... bibit kenangan
Yang bernama pengalaman,

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian,

Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan... tiba-tiba datang
Dan menghilang.

Kau.
Bayang-bayang masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah... mimpi yang tak sudah.


Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya...
Andai kau inginkan berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya...
Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya...
Andai kau ingin seseorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya...
Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana die seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa...
Janganlah diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna...
Tiada yang biasa-biasa,
Munjadi satu yang sempurna...

Tuesday, April 28, 2009

24 April 2009 MERDEKA Setelah 5 Tahun (2004-2009)

Terima Kasih Warga SMK Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Syukur Alhamdulillah terlebih dahulu saya panjatkan kepada ALLAH SWT kerana dengan lempah kurnia dan izinnya, akhirnya tempoh 14 minggu yang telah diberikan untuk melaksanakan praktikum berjalan dengan lancar tanpa ada perkara yang boleh menyukarkan perjalanan praktikum. Tanpa izin dan rahmatNya pasti saya tidak akan berjaya dalam menempuhi perjalanan latihan praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu, Selangor dengan sebaik yang mungkin. Bersama-sama kesyukuran ini, saya ingin mengambil kesempatan menitip selembar ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan praktikum ini.

Pertamanya, buat ayahanda Mohammed bin Tassim dan bonda tercinta, Latifah bte Ali Hussen, ahli keluarga dan teman-teman yang telah banyak memberikan sokongan moral kepada saya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga serta doa dipanjatkan buat kalian. Tidak lupa kepada pensyarah penyelia saya, Dr. Ahmad Jazimin bin Jusoh yang telah banyak memberikan didikan dan tunjuk ajar, komen serta nasihat yang mampu membimbing saya untuk menjadi kaunselor yang terbaik, jutaan terima kasih saya ucapkan, budi dan jasa Dr. Ahmad Jazimin bin Jusoh takkan saya lupakan. Segala `teguran akan saya perbetulkan bagi memantapkan diri untuk menjadi kaunselor yang profesional selaras dengan apa yang dikehendaki oleh pihak universiti dan kerajaan bagi membantu pelajar di sekolah kelak.

Selain itu, tidak dilupa juga kepada Pengetua SMK Kuala Kubu Bharu, Selangor iaitu Pn Masmin bte Mohd, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan kakitangan sekolah serta pelajar yang banyak menabur jasa sepanjang 14 minggu saya berkampung di sekolah ini.

Jutaan terima kasih juga kepada guru pembimbing En. Rosli bin Sulaiman, dan kepada dua orang guru kaunseling lagi iaitu En. Ahmad Fauzi bin Mohammad Zin dan Pn. Rosmina bte Abdul Hamid, kerana telah banyak memberikan sokongan, bimbingan dan tunjuk ajar. Ucapan terima kasih juga buat rakan-rakan guru pelatih yang sama-sama menjalani praktikum di sekolah ini.

Akhirul kalam, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak sepanjang praktikum ini dijalankan, jasa dan kerjasama yang diberikan tidak terbalas oleh saya. Di harapkan, praktikum yang bermanfaat ini memberi kebaikan kepada semua pihak secara langsung mahupun tidak langsung termasuklah diri saya. InsyaALLAH.

1 Hari Lagi Menjelang Kemerdekaan Praktikum

Bersama Sahabat Praktikum Raikan Kejayaan

2 Hari Lagi Memori Indah Berakhir...

Menyiapkan Laporan Praktikum Fasa Terakhir

3 Hari Lagi Memori Indah Berakhir...


Memory Sekolah Henry Gurney

Sempurnalah Sudah 70 Hari Praktikum

Markah 20% Daripada Guru Pembimbing

Isnin (20 April 2009 / 24 Rabiual'Akhir 1430H) : Genap 70 Hari Latihan Intership dan berbaki 4 Hari Lagi Kemerdekaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan & Kaunseling...Amin

Friday, April 17, 2009

Hari Ke-69 Latihan Intership SM3KB Minggu Ke-12




















Hari Ke-68 Latihan Intership SM3KB Minggu Ke-12


Jumaat (17 April 2009 / 21 Rabiul'Akhir 1430H) : Persiapan Pertandingan...

Hari Ke-67 Latihan Intership SM3KB Minggu Ke-12


Terapi Realiti

Khamis ( 16 April 2009 / 20 Rabiul'Akhir 1430H ) : Saat-saat terakhir berpraktikum...

Hari Ke-66 Latihan Intership SM3KB Minggu Ke-12


Selasa (15 April 2009 / 19 Rabiul'Akhir 1430H) : 100 Jam Bimbingan Individu dah selesai...

Wednesday, April 15, 2009

Hari Ke-65 Latihan Intership SM3KB Minggu Ke-12


Selasa (14 April 2009M / 18 Rabiul'Akhir 1430H) : Meneruskan perjuangan menyiapkan laporan akhir praktikum...

Hari Ke-64 Latihan Intership Minggu Ke-12


Isnin (13 April 2009 / 17 Rabiul'Akhir 1430H) : Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa,... Mengenali seseorang itu kadangkala juga membuat kita mengalir airmata,... Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa....marah, sedih, gembira, sayang dan rindu....Tapi, sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH, Biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA, Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...

Saturday, April 11, 2009

Hari Ke-63 : KEM REMAJA RABBANI









Hari Ke-62 _ Minggu Ke-11 _ Praktikum SMK KKB


Jumaat (10 April 2009M / 14 Rabiul'Akhir 1430H) : ....

Hari Ke-61 _ Minggu Ke-11 _ Praktikum SMK KKB


Khamis (9 April 2009M / 13 Rabiul'Akhir 1430H) : "Kalau Takut, Jangan Ikut" adalah ayat yang dapat disimpulkan untuk sepanjang hari ini...

Tuesday, April 7, 2009

Menjelang 60 Hari...

Rabu ( 8 April 2009M / 12 Rabiul'Akhir 1430H ) : Lawatan Ke Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Pagi ini akan bertolak seawal puku 7.00 pagi dari SMK Kuala Kubu Bharu... Alhamdulilah, akhirnya impian akan tercapai.

Hari Ke-59 _ Minggu Ke-11 _ Praktikum SMK KKB

Anti - KFC Khas Buat Kaunselor Pelatih

Jom...Jom..Jom!!! Siapkan Laporan Akhir Praktikum
Selasa ( 7 April 2009 Bersamaan 11 Rabiul'Akhir 1430H ) : Berbaki 2 minggu lagi untuk mengakhiri perjuangan sebagai guru pelatih, sememangnya kerja-kerja menyempurnakan beberapa bahagian laporan perlu untuk dilengkapkan, adalah sedang giat dijalankan. Begitu pentingnya kerja berpasukan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Walau bagaimanapun, sesi kaunseling masih lagi diteruskan pada pagi ini, walaupun dalam kesibukkan menyiapkan laopran.

Hari Ke-58 / Minggu Ke-11 _ Praktikum SMK KKB

Plan Gerak Kerja Terakhir Sebelum MERDEKA !!!

Isnin ( 6 April 2009 / 10 RabiulAkhir 1430H ) : Menyedari latihan intership yang telah berada dipenghujungnya, gerak kerja menyiapkan laporan untuk fasa terakhir diteruskan agar segala kerja dapat disempurnakan dengan baik sekali. Walau dalam keaadan sibuk menyiapkan laporan akhir, beberapa pelajar secara sukarela datang ke bilik kaunseling bagi mendapatkan bimbingan dan kaunseling dari kami, guru pelatih kaunseling UPSI disaat-saat akhir perjuangan kami di sekolah bestari perdana ini. Sememangnya dalam kesibukkan menyiapkan laporan akhir, beberapa sesi kaunseling dan bimbingan tetap diteruskan lagi, dengan gelagat beberapa orang pelajar yang sering menghiburkan kami dibilik kaunseling tersebut.

Sesi Bimbingan Bersama


Aksi Pelajar Ponteng Kelas