Saturday, January 17, 2009

12 Januari 2009M Bersamaan 15 Muharram 1430H

Kenangan 2006 Kali Pertama Menjejak Kaki Di SMK KKB


Seawal jam 7.00 pagi bergerak dari Tanjung Malim menuju ke SMK Kuala Kubu Bharu dengan menunggang motosikal Kriss PET 5905, dalam suasana yang sejuk sekali hampir memakan masa 20 minit perjalanan, tepat jam 7.22 pagi aku melihat jam di handphone ketika sampai saja di sekolah KKB tersebut. Melihat suasana sekolah pada masa itu yang kelam-kabut, para pelajar bergegas ke padang sekolah untuk perhimpunan pagi, hatiku tetap tenang melihat karenah para pelajar tersebut. Aku meneruskan langkah, meninggalkan motosikal kesayangan aku itu untuk menuju tempat berkumpulnya guru-guru bagi perhimpunan pagi tersebut. Selangkah kaki ku menapak, kelihatan beberapa guru yang ku rasa guru pritikum, lalu ku tegur penuh mesra, hanya senyuman mampu dilemparkan, mungkin mereka juga dalam keadaan tidak tentu arah, biasalah kali pertama menjalankan pritikum, pelbagai persepsi di fikiran. Lalu aku teruskan langkah untuk menuju ke tapak perhimpunan, lalu sekali lagi aku terserempak dengan guru-guru pritikum yang ku yakini kerana sebelum ini pernah kelihatan mereka di kolej kediaman, dengan gurauan pagi aku mulakan perbualan, lalu mereka mengenali aku. Aku tidak megambil masa yang lama untuk bersama mereka, kerana aku hendak duduk bersama guru-guru sebagai menandakan diri ku hadir sekolah tersebut. Majlis perhimpunan pun dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor. Aku hanya mampu memerhatikan guru-guru sekeliling dan para pelajar yang hampir suku memenuhi ruang padang sekolah tersebut. Mata ku terus berfokus kepada pengerusi majlis apabila menyebut menjemput Tuan Pengetua untuk menyampaikan ucapan pada pagi itu. Dari awal hingga akhir ucapan Tuan Pengetua tersebut, pada mulanya aku bersemangat untuk mendengar ucapannya tetapi hati ini terasa seketika kerana hinggalah beliau menutup ucapannya pada pagi tersebut, tidak pun disebut atau diumumkan kehadiran kami pada para pelajar, tapi mungkin beliau tidak menyedari kehadiran kami, lalu aku hilangkan perasaan negetif tersebut. Tiba-tiba seorang guru menegur aku dengan menyatakan "Kamu ni guru pelatih UPSI ya?", lalu aku sambil tersenyum membalas jawapan guru tersebut, tidak sempat aku berborak lama dengan guru tersebut yang tidak aku kenali namanya, pengerusi majlis pun menjemput guru-guru dan para pelajar untuk bangun bagi menyanyikan lagu sekolah dan lagu jiwa minda. Setelah majlis perhimpunan tersebut tamat, lalu aku bingkas bangun dari duduk ku mendekati guru kaunselor sekolah tersebut yang ku kenali. Memulakan perkenalan bersama guru tersebut, hanya sepatah dua mampu ku luahkan, kerna sekeliling ku ada beberapa guru yang lalu aku menyapa dan bersalaman bersama guru-guru yang ada sebagai tanda hormat kepada mereka. Seketika mata ku mula memandang tajam kepada pengetua sekolah yang kelihatan seperti memberi arahan kepada 2 orang guru pelatih UPSI, lalu ku dekati mereka. Sememangnya tepat jangkaan aku, di mana mereka memberitahu, tuan pengetua meminta kami untuk berkumpul di bilik mesyuarat kerna ada sedikit taklimat yang akan diberikan. Kelihatan dipadang sekolah dan astaka, para pelajar dan guru-guru hampir semua bergerak menuju ke kelas masing-masing, lalu aku meneruskan langkah bersama rakan-rakan pritikum untuk mencari dimana kedudukan bilik mesyuarat tersebut. Lalu seorang daripada kami bertanya pada guru, lalu ditunjukkan dimana bilik mesyuarat tersebut. Aku terus melangkah masuk ke bilik mesyuarat tersebut, kelihatan baru seorang guru berada disitu, lalu meminta kami berkumpul untuk sesi fotografi semua pelatih. Beberapa minit kemudian, kelihatan 2 orang guru masuk ke dalam bilik mesyuarat tersebut. Tn. Hj. Rohaizad Mokhtar (Pen. Kanan Kurikulum) dan En. Abu Mansor Sathri (Pen. Kanan HEM) mula memperkenalkan diri mereka masing-masing. Dengan nada penuh ketenangan, Pen Kanan Kurikulum menerangkan beberapa peraturan mengenai sekolah yang perlu dipatuhi. Dengan mata ku terus memandang wajah guru tersebut, mendengar kata-kata beliau, aku cuba mengdengarnya dengan baik. Seketika kami diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing. Dalam bilangan yang ramai dikalangan kami guru-guru pritikum iaitu seramai 18 orang, guru itu menyatakan sememangnya pihak sekolah menghadapi masalah, tetapi pandangan aku pantas melihat ke pintu masuk bilik mesyuarat, kelihatan tuan pengetua melulu masuk. Lalu majlis dihentikan seketika oleh Pen. Kanan Kurikulum, untuk memberi laluan bagi tuan pengetua berucap. Tuan Haji Manap bin Jarkasi (Pengetua Cemerlang) mula memperkenalkan diri, lantas aku memberi fokus dari ucapan yang diberi, dimana tuan pengetua menitiberatkan tentang disiplin sebagai seorang guru, dari aspek penampilan dan tingkahlaku. Aku melihat jam di handphone, 9.23 pagi pada waktu itu dimana tuan pengetua mula beredar kerana menyatakan ada urusan lain yang perlu dihadiri. Lalu Pen. Kanan Kurikulum meyambung penerangan pada peringkat awal tadi, aku terus bersemangat untuk mendengar nasihat-nasihat beliau. Seterusnya En. Abu Mansor menambah tentang peraturan sekolah yang perlu dipatuhi. Tersentak mendengar dari pengalaman beliau, yang menyatakan sebelum ini juga pernah guru-guru pritikum UPSI kurang bertingkahlaku dengan baik menyebabkan beliau memberi arahan tegar agar kami bertingkahlaku lebih baik dari pelatih-pelatih pritikum UPSI sebelum ini. Dengan penuh khusuk mendengar nasihat dari En. Abu Mansor tersebut, tanpa disedari masa begitu pantas berlalu, sekali lagi aku melihat jam di handphoneku dimana waktu itu telah mencecah 10.33 pagi, rupanya hampir 2 jam kami berada di dalam bilik mesyuarat tersebut. Lalu kami semua bergerak keluar menuju ke bilik guru untuk berkenalan dengan beberapa guru yang berada disitu, sememangnya tidak dapat dinafikan guru-guru di sek ini mudah mesra, mungkin juga kehadiran kami terlalu ramai. Tepat jam 11. 04 pagi aku mengajar rakan pritikum kaunselingku Asyana untuk sama-sama ke bilik kaunseling. Alhamdulilah, sewaktu aku berdiri di depan pintu masuk bilik kaunseling tersebut, kelihatan 2 orang guru kaunseling tengah mengemas bilik kaunseling tersebut. Lantas aku terus menghulurkan tanganku untuk berjabat tangan dengan guru kaunseling tersebut dengan memperkenalkan diri, lalu kedua-dua kaunselor tersebut memulakan perbualan dengan memperkenalkan diri mereka. En. Ahmad Fauzi bin Mohamad Zin yang kelihatan sedikit berumur, dan bercermin mata seolah-olah banyak pengalaman dan ilmu yang ingin ku kongsi bersama, seorang lagi En. Rosli bin Sulaiman yang kelihatan muda dan matang, seolah-olah gembira kehadiran kami berdua sebagai kaunselor pelatih di sekolah tersebut. Cikgu Rosli rancak berbual dengan kami tentang pengisian sepanjang pritikum yang akan kami jalankan. Mereka juga memaklumkan ada lagi seorang kaunselor perempuan iaitu Puan Rosmina binti Abd. Hamid, tetapi bercuti pada hari itu. Terdetik dalam hati ini rasa syukur dengan izinNYA dapat bertemu dan berkerja bersama-sama kaunselor yang sedia membantu kami berdua dalam menyiapkan tugasan pritikum yang perlu dilaksanakan sepanjang 14 minggu mendatang ini. Cikgu Rosli memaklumkan kepada kami untuk mengendalikan program orentasi pelajar tingkatan satu mulai esok hari sehingga seminggu persekolahan pada minggu tersebut. Perbualan yang begitu menarik antara kami bersama Cikgu Fauzi dan Cikgu Rosli, tidak terasa lamanya, hanya apabila lonceng berbunyi 1.50 dimana sesi persekolahan satu sesi telah tamat. Memandangkan waktu pritikum sehingga jam 4.30 petang, aku terus megeraskan badan untuk berada di dalam bilik kaunseling tersebut. Sambil membaca modul-modul yang diberikan oleh Cikgu Rosli tadi tentang program yang akan dijalankan keesokan harinya. Beberapa minit kemudian, Cikgu Rosli bergegas untuk pulang. Tinggallah kami bertiga di dalam bilik kaunseling tersebut, tanpa mengendahkan suasana yang sunyi dalam bilik tersebut, kerana di awal minggu persekolahan ini pelajar yang datang untuk menjalankan sesi kaunseling pun belum ada, aku terus membaca modul dan berbincang untuk pengisian program esok hari. Tepat jam 2.50 kelihatan Cikgu Fauzi mengemas barang-barangnya seolah-olah hendak balik, aku pun memandang rakan pritikum aku, sebagai isyarat apa yang nak dibuat lepas ni, berkata dalam hati ni, masa kan kami berdua-dua berada di bilik kaunseling ini untuk menunggu sehingga 4.30 petang. Aku cuba keluar dari bilik kaunseling tersebut, dengan suasana yang sunyi di sekolah tersebut, semua pelajar telah pulang, membuat aku terkaku seketika. Lantas Cikgu Fauzi melemparkan senyuman, lalu berkata hari ini belum ada lagi pelajar yang hendak buat sesi, program pun belum bermula, jadi kamu bolehlah balik dulu, cikgu pun dah nak balik ni, kata Cikgu Fauzi. Tanpa berkata apa-apa aku mengiyakan kata-kata cikgu tersebut, lalu kami pun bergerak untuk balik dalam keadaan serba tanda tanya, boleh ke kami balik awal ni sebelum 4.30 petang. Dalam perasaan yang berbaur serba salah, aku tidak ada pilihan lain untuk terus melangkah keluar menaiki moto meninggalkan sekolah tersebut dimana pada waktu itu tepat jam 3.11 petang.

No comments: