Monday, January 19, 2009

13 Januari 2009 Bersamaan 16 Muharam 1430H

Program Orentasi Pelajar Tingkatan 1
Alhamdulilah, hari ni dah masuk hari ke-2 aku berpritikum di SMK KKB, iaitu sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah bestari perdana. Hari ni bermulalah program pertama aku iaitu Program Maju Diri (PMD) yang akan berlangsung selama 3 minggu, yang melibatkan semua para pelajar mengikut tingkatan secara berperingkat-peringkat. Sampai sahaja aku di sekolah itu, kaki terus menuju ke pejabat pentadbiran untuk mengsahkan kehadiran melalui sistem komputer yang sedia digunakan oleh guru-guru. Tanpa aku mengambil masa yang lama untuk berada di dalam bilik pentadbiran itu, hanya dalam ingatan ku terhadap persiapan yang perlu bagi program PMD yang bermula seawal 7.30 pagi. Aku terus menuju ke dewan, kelihatan keadaan sunyi sahaja tanpa kelibat seorang pelajar ketika itu, dalam hati aku berkata mungkin aku datang awal pagi ni ke sekolah. Aku teruskan langkah menuju ke bilik kaunseling, kelihatan Cikgu Rosli tengah bergegas mengambil barang-barang untuk program sebentar lagi. Aku terus meyapa Cikgu Rosli, untuk membantu kalau ada benda lain yang perlu disediakan. Aku bersama Cikgu Rosli terus melangkah menuju ke dewan, baru ku kelihatan beberapa orang pelajar mula memasuki dewan. Kelihatan rakan sepritikum ku Ahsana berada di depan tengah menyadiakan bahan-bahan yang akan disampaikan kepada para pelajar dan Cikgu Fauzi juga kelihatan membetulkan wayar yang akan digunakan. Manakala Cikgu Ros tengah mengawal para pelajar yang semakin ramai memasuki dewan.

Sesi Perkenalan Bersama Para Pelajar Tingkatan 1

Program PMD pada minggu pertama ini adalah lebih berfokuskan Program Orentasi atau Program Suai Kenal pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang baru seminggu berada di sekolah ini. Pada peringkat awal, sesi dimulakan dengan pengenalan program yang dibantu oleh kaunselor sekolah sendiri iaitu Cikgu Rosli memulakan aktiviti pagi. Aku dengan rakan pritikum, Ahsana seterusnya menjalankan aktiviti Ice-breaking dalam kalangan pelajar yang bermatlamat merapakan hubungan sesama mereka. Alhamdulilah, pengalaman pertama mengendalikan para yang ramai seperti ini membuatkan aku sedikit kekuatan untuk terus mengaplikasikan ilmu kaunseling yang selamanya ini aku pelajari. Bagi sesi pagi ini hanya 3 kelas sahaja yang terlibat, dimana tingakatan 1 terdapat 6 buah kelas, bagi sesi kedua selepas waktu rehat nanti, 3 kelas yang seterusnya mengikuti program suai mesra sehinggalah tamat waktu sekolah. Sememangnya daripada program orentasi ini dapatlah aku mempromosikan diri kepada para pelajar, dan yang paling penting para pelajar baru tingkatan 1 ini mengenali diri aku ini.

Sesi Ice-Breaking

Tepat pukul 1.50 petang, program pun tamat. Pukul 2.00 petang ada mesyuarat kokurikulum masing-masing. Petang ni Ko-kurikulun bagi unit berunifrom, aku kena lak kadet bomba. Tapi tak apa lah, dengar je Cikgu yang terlibat memberi taklimat dalam membentuk Ahli Jawatankuasa baru. Selesai sahaja mesyurat tersebut, dalam pukul 3.30 petang, aku diarahkan terlibat dalam latihan Merentas Desa untuk mengawal para pelajar yang terlibat. Sememangnya, pengalaman hari kedua ini memang memenatkan. Walau apa pun perjuangan mesti di teruskan. Dalam pukul 4.50 petang aktiviti latihan merentas desa pun sudah selesai, waktu itulah aku terus meninggalkan sekolah. Alhamdulilah


Latihan Merentas Desa


No comments: