Memasuki hari ke-4 berpritikum, Program Orentasi Pelajar Tingkatan 1 diteruskan lagi yang telah memasuki hari ke-3 program dengan modul yang serupa seperti semalam yang lebih berfokuskan Kemahiran Belajar. Seawal pukul 7.30 pagi pelajar telah berada di dalam dewan dengan dimulakan oleh Cikgu Rosli dan Cikgu Fauzi menberi pengenalan dan perkara-perkara yang dititiberatkan sepanjang program ini berlangsung kepada pelajar semua. Pukul 8.20, kemahiran membina matlamat telah disampaikan oleh Cikgu Azhana, sehinggalah sebelum waktu rehat dalam pukul 10.10 pagi slot petama sudah selesai.
Slot Kemahiran Belajar
Pecahan slot yang terbahagi kepada dua waktu ini adalah kerana Tingkatan 1 mempunyai 6 kelas, dan setiap waktu hanya 3 kelas sahaja yang terlibat. Bagi slot kedua seterusnya, mulai pukul 10.30 pagi, sekali lagi Cikgu Rosli dan Cikgu Fauzi memberi penerangan ringkas tentang program yang akan berlangsung sehingga tamat waktu persekolahan pukul 1.50 petang. Seterusnya pukul 11.10 pagi, aku memulakan slot dengan berfokuskan kemahiran mendengar secara berkesan, alhamdulilah aku berjaya melakukannya dengan baik walaupun menyedari banyak lagi ilmu perlu dipelajari agar masa-masa mendatang memberi keyakinan untuk menyampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada para pelajar. Aktiviti LDK sememangnya penting dalam menjelaskan sesuatu kemahiran agar para pelajar memahami apa yang disampaikan.
LDK : Kemahiran Mendengar Dengan Berkesan
Sehinggalah tamat waktu persekolahan pukul 1.50, program hari ke-3 selesai dijalankan. Sememangnya kelancaran aktiviti yang melibatkan kerjasama para pelajar yang baik membuat aku seronok bersama para pelajar. Hampir keseluruhan pelajar baru Tingkatan 1 ini menunjukkan kometmen yang positif untuk sama-sama mengikuti apa sahaja yang disampaikan. Pukul 2.00 petang, mesyuarat ko-kurikulum bagi sukan dan permaianan pula diadakan yang berlanjutan sehinggalah pukul 2.40 petang. Alhamdulilah, waktu petang hari ini tidak ada aktiviti dijalankan oleh pihak sekolah seperti hari-hari sebelum ini seperti latihan merentas desa. Masa yang ada ini, aku dengan rakan sepritikum aku Ashana, pergi melawat ke asrama sekolah untuk melihat secara dekat suasana persekitaran asrama sekolah itu sendiri selain mendekati para pelajarnya, alhamdulilah kedatangan kami disambut dengan baik dan sikap menghormati guru dikalangan pelajar membuatkan aku terharu sekali. Sememangnya, minggu pertama berada di sekolah ini pendekatan dengan berdampingan dengan para pelajar adalah penting untuk para pelajar ini menyedari kehadiran kami di sekolah ini.
No comments:
Post a Comment