26 Feb 2009 : Sememangnya pagi ini aku merasa lain dari sebelum ini kerana hati aku mula berdepat, dalam kata hati ini berkata, mungkin ada sesuatu peristiwa yang akan berlaku hari ini. Walau apa pun, aku meneruskan langkah sebagai guru pelatih, yang sememangnya setelah hampir sebulan aku berada di sekolah ini, aku bersyukur kerana telah berputik rasa cinta ini pada tempat ini, kerana banyak peristiwa dan ilmu yang aku perolehi telah menyedarkan aku betapa bertuahnya penjadi seorang pendidik. Seawal pagi aku hanya berada di dalam bilik kaunseling, untuk menyiapkan laporan yang sebelum ini tertangguh. Disebabkan hari ini ujian pencapaian masih lagi berlangsung, sesi didapat dilaksanakan sebaiknya berbanding sebelum minggu sebelumnya. Pagi ini hati aku mula berdebar, entah kenapa ia tiba-tiba berlaku, dan sememangnya bila ia berlaku seperti ini, aku meyakinin pasti ada sesuatu yang akan aku perolehi hari ini, walau apa pun aku bersedia untuk terima apa yang akan aku perolehi hari ini. Dalam aku menyiapkan laporan praktikum aku, dalam pukul 10.00 pagi hadir sekumpulan pelajar semester 6 yang ingin menjalankan program pada minggu hadapan. Sememangnya aku nantikan kehadiran mereka kerana perancangan awal pagi ini adalah perbincangan tentang modul yang sesuai yang akan digunakan. Tapi apa yang berlaku, sebaliknya. Sekalipun ia satu kelemahan, tapi timbul persoalan dalam fikiran ini kenapa mesti menunjukkan kelemahan kita pada orang secara terang-terangan. Aku merasa risau, kerana aku khuatir selama hampir sebulan aku berada di sekolah yang cukup harmoni ini, hanya kerana kesilapan pembentukkan dan perancangan program yang akan diadakan pada minggu hadapan, ia akan memberi kesan negatif kepada aku dan nana (rakan praktikum). Tapi apa pun, segala masalah mesti diselesaikan dengan bijak, aku selalu dengar dan menerima kata-kata yang menjadi kata keramat dalam menjalankan sesuatu program, "Biar kita bergadoh atau bertikam lidah sebelum berlangsungnya program, daripada semasa dan selepas program baru nak kutuk belakang, kerana urusan sebelum ini tidak selesai dan masing-masing memendam rasa", itulah orang ilmuan selalu berkata, golongan cerdik ini lebih mudah nampak kebodohannya apabila dia buat kesilapan, berbanding golongan yang kurang bijak, mereka lebih mengerti apa yang berlaku pada akan datang. Hampir sejam lebih bersama junior, aku tetap meneruskan lagi untuk menyiapkan laporan praktikum aku, memandangkan Dr.jazimin besar kemungkinan akan datang menyelia pada minggu hadapan. Uish, minggu depan banyak juga program yang berlangsung, rasa bila semakin pada dengan aktiviti sekolah, rasanya semakin dekat aku akan meninggalkan sekolah iin yang telah memberi sesuatu yang menarik kepada jiwa aku, apa pun kita kena reda tiap apa yang berlaku. Hari ini, ujian pencapian hanya berlangsung sehingga waktu rehat sahaja, menyebabkan selepas tamat waktu rehat, beberapa orang pelajar datang ke bilik kaunseling untuk menjalankan sesi atau bimbingan, sememangnya aku menantikan kehadiran mereka, kerana hanya memandang wajah dan mendengar luahan hati mereka, hati aku mula terhibur dengan gelagat mereka, sehinggalah tamat waktu persekolahan, aku menjalankan menjalankan sesi bimbingan beberapa kumpulan pelajar yang secara sukarela datang berjumpa aku. Alhamdulilah, separuh sesi persekolah pun sudah tamat, petang ini aku telah membuat temujanji dengan pelajar untuk menjalankan sesi kaunseling. Alhamdulilah, sememangnya sesi kali ini aku menantikannya kerana aku menyakini, ia akan terlakar dalam sejarah hidup aku, kerana buat kali pertama aku terpandang pada 19 Jan, setelah 40 hari ia dizahirkan petang ini, sememangnya aku bersyukur atas ketentuanNYA. Amin...
Wednesday, February 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment