25 Feb 2009 ( 29 Safar 1430 ) : Buat kali pertama hari ini, setelah hampir selama sebulan aku menjalankan latihan intership ini, seawal pagi suasana alam berubah yang mana selalunya suasana alam cerah sahaja, tetapi telah berubah menyebabkan hujan lebat. Sememangnya, aku tidak dapat menunggang motosikal aku untuk datang ke sekolah, walau bagaimanapun syukur alhamdulilah segalanya dimudahkan olehNYA kerana di kawasan Tanjung Malim ini ramai dikalangan guru-guru sekolah menetap dikawasan ini dan aku mengambil keputusan menghubungi salah seorang daripada mereka. Alhamdulilah, syukur sangat walaupun menghadapi masalah diawal pagi lagi, tetapi dapat juga dihadapi dengan suasana yang tenang sekali. Sememangnya, hari ini ujian bulanan diteruskan lagi yang telah memasuki hari kedua dan melibatkan semua pelajar sekolah ini. Hari kedua ujian ini berlangsung juga, aku ditugaskan lagi untuk mengawas ujian bagi Tingkatan 6AJ, alhamdulilah sememangnya peluang ini aku nanti-nantikan yang mana aku sendiri ingin melihat suasana dan tingkahlaku para pelajar yang akan menggambil peperiksaan STPM pada hujung tahun ini. Alhamdulilah, selama sejam lebih aku mengawal ujian dalam kalangan pelajar tingkatan 6 ini, sememangnya ia mengimbas kembali suasana STPM aku pada tahun 2003 adalah jauh berbeza sekali, walauapa pun ia adalah satu pengalaman dan pembelajaran dalam diri yang amat berharga sekali bagi aku yang telah hampir mencapai apa yang telah diimpikan selama ini. Setelah selesai mengawas kelas ujian, aku meneruskan kerja menyiapkan laopran sesi dan program di bilik kaunseling. Alhamdulilah, terasa lega dalam hati ini beberapa pelajar datang ke bilik kaunseling untuk mendapatkan motivasi sedikit dalam menghadapi ujian yang adakalanya terdapat para pelajar tidak dapat menjawap dengan baik. Peristiwa yang menarik hari ini, semasa aku mengendalikan sesi bimbingan, beberapa orang pelajar datang ke bilik kaunseling yang mana rakan salah seorang rakan mereka tidak sedarkan diri setelah dimasuki oleh mahkluk halus, sememangnya pengalaman ini aku tidak sia-siakan untuk melihat secara dekat bagaimana salah seorang guru pakar dalam bidang perubatan Islam dalam mengubati kes tersebut. Manakala sesi petang pula, aku bersama nana (rakan praktikum) berkesempatan berkongsi ilmu dan pengalaman dari pada seorang guru perempuan, yang juga merupakan guru disiplin dalam membincangkan bagaimana berhadapan dengan para pelajar di sekolah ini selain membantu para pelajar yang dikategorikan HALUS, yang sebelum ini dinamakan golongan GALUS untuk diberi perhatian lebih daripada guru-guru lain. Alhamdulilah, hari ini berjalan dengan baik sekali, walau apapun yang telah berlaku sepanjang hari ini, ia adalah satu pengalaman yang menarik sekali.
No comments:
Post a Comment