Perancangan Program Bersama Pelajar Semester 6
Alhamdulilah, setelah selesai mengawal kelas peperiksaan ujian bulanan, rasa perlu untuk aku balik ke bilik kaunseling, bagi menyiapkan laporan-laporan sesi sebelum ini yang tertangguh, selain itu membantu guru kaunseling dalam memberi maklumat berkenaan aktiviti yang telah berlangsung sebelum ini yang akan dibentangkan semasa mesyuarat bersama pihak pentadbir pada tengahari ini. Walau bagaimanapun, kehadiran pelajar semester 6 kaunseling memberi satu kerjasama yang positif dalam menjalankan program Asrama yang telah dirancangkan sebelum ini, kehadiran mereka sememangnya pemangkin dalam menjayakan program yang akan dijalankan bermula pada minggu hadapan. Hanya yang menarik disini adalah dalam merangka dan merancang modul yang lebih kreatif agar matlamat dalam mewujudkan suasana penyayang dan harmoni dalam dibina dalam persekitaran asarama tersebut melalui program yang akan dirancang.
Mesyuarat UBK bersama Pihak Pentadbiran
Manakala pada waktu sebelah tengahari pula, mesyuarat Unit Bimbingan & Kaunseling diadakan bersama pihak pentadbir dalam mejelaskan matlamat dan hala tuju UBK sepanjang tahun ini. Alhamdulilah, sememangnya pengalaman pertama berada di dalam mesyurat UBK bersama pihak pentadbir adalah pengalaman yang cukup berharga sekali. Melalui mesyuarat kali pertama ini, aku dapat rasakan bagaimana persepsi dan kehendak pihat atasan dalam menjayakan UBK untuk lebih berfungsi dalam membantu para pelajar yang bukan sahaja daripada aspek akademik, malah aspek kokurikulum juga perlu diperhalusi lagi. Manakala dalam kaunseling berfokus, membantu setiap seorang pelajar yang lemah dalam pencapaian, adalah perlu untuk menjalankan kajian dalam membina motivasi pelajar tersebut. Alhamdulilah, sememangnya adalah pengalaman yang penting aku dalam melihat secara dekat bagaimana UBK itu berperanan mengikut persektif pihak pentadbir agar UBK mencapai matlamat dan visi yang hendak dituju terutamanya pada setiap hujung tahun persekolahan. Waktu sebelah petang, aku mengambil beberapa orang pelajar yang sedang berkesempatan datang ke sekolah untuk menghias kelas masing-masing, untuk mengadakan sesi bimbingan bersama mereka. Alhamdulilah sememangnya hari ini banyak perkara yang menarik untuk kekuatan dan semangat diri aku untuk terus melangkah kehadapan dalam bidang yang aku ceburi ini.
No comments:
Post a Comment