Saturday, February 21, 2009

Isnin _ Minggu Ke-6 _ Hari Ke-30 Praktikum

"Info Mingguan"
23 Feb 2009 ( 27 Safar 1430 ) : Alhamdulilah, meneruskan lagi perjuangan sebagai guru pelatih, seperti biasa pagi isnin dimulakan dengan perhimpunan pagi, yang sememangnya aku gembira apabila melihat dan bertemu para pelajar. Input yang menarik daripada perhimpunan pagi ini, bermula minggu ini peperiksaan akan bermula esok dan hari persekolahan pada minggu ini dipanjangkan sehingga hari sabtu, kerana akan diadakan hari akur janji dikalangan pelajar yang menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM bersama ibubapa, yang dianggap sebagai program PIBG. Alhamdulilah, suasana pagi disekolah yang cerah ini, aku merasa tenang yang menantikan kehadiran para pelajar untuk datang ke bilik kaunseling sepanjang hari ini menjelang ujian bulanan yang akan bermula esok hari. Pagi ini juga edaran info mingguan mula diedarkan yang sememangnya tersenarai dalam perancangan 14 minggu berpraktikum sebagai keperluan yang perlu dilaksanakan. Syukur, selepas sahaja perhimpunan pagi berakhir, dalam pukul 8.15 pagi aku pun telah mendapat pelajar yang dirujuk, dan mulai itu lah berterusan sesi bimbingan sehinggalah ke sesi kaunseling individu, dan sebelum tamat persekolahan dalam pukul 1.50, aku mendapat kelompok dari pelajar India, Alhamdulilah tidak disangka mereka juga mampu memberi kerjasama dalam sesi kelompok tersebut seperti pelajar Melayu yang lain. Bagaimanapun, terasa juga letih bercakap semasa sesi yang dijalankan, sememangnya dalam sehari hanya 3 atau 4 sesi kaunseling sahaja yang mampu dijalankan, kalau ia berlebihan dari jumlah tersebut, pastinya memberi kesan pada kognitif seseorang kaunselor. Lepas sahaja tamat waktu persekolahan, dalam pukul 2.00 petang, mesyuarat PIBG sekolah untuk majlis hari sabtu ini diadakan, terasa letih juga dibuatnya berada di dalam bilik mesyuarat tersebut, dan melalui mesyurat kali ini aku mendapat tugas semasa berlangsungnya majlis hari sabtu ini. Alhamdulilah, mungkin ini satu pengalaman berhadap dengan ibubapa yang sebelum ini aku hanya sebagai pelajar yang jauh berbeza dengan situasi sekarang, sekurang-kurangnya juga aku dapat melihat bagaimana PIBG diuruskan diperingkat sebenar. Alhamdulilah, setelah selesai mesyuarat tersebut, aku bersiap untuk solat zohur. Pada pukul 3.00 petang, aku naik semula ke bilik kaunseling untuk menyambung semula menulis laporan yang perlu aku selesaikan, alhamdulilah, petang ini juga hadir 2 orang pelajar yang sedia untuk mendapatkan bimbingan, memandangkan suasana diluar yang hujan, aku mengambil keputusan untuk balik lewat, alhamdulilah, sehinggalah pukul 5.30, sesi bimbingan dan menulis laporan hampir selesai, aku bersiap-siap untuk balik. Syukur sangat, hari ini segala perjalanan berjayan dengan baik.

No comments: