Tuesday, February 17, 2009

Selasa _ Minggu Ke-5 _ Hari Ke-26 Praktikum


Burnout

17 Feb 2009 ( 21 Safar 1430 ) : Seawal pagi aku tiba di sekolah untuk meneruskan lagi latihan intership aku, kali pertama kepala aku terasa berat sangat, seperti keletihan yang teramat sangat di dalam minda ini. Aku sedari mungkin kesan daripada sesi kaunseling kelompok yang aku jalankan semalam yang mana memakan masa selama 3 jam aku kendalikan. Pagi ini aku hanya menjalankan bimbingan individu sahaja, dan itu pun aku merasa berat untuk bercakap dan berfikir. Sediakan itu juga aku kena bersedia untuk memahami teori REBT untuk aku aplikasikan dalam sesi seterusnya, terutama sesi kaunseling kelompok yang telah aku membuat temujanji. Pagi ini aku tidak mampu menjalankan sesi kaunseling, kerana aku merasa tidak bersedia dan hanya membuat binbingan dan memahami teori, dan dalam masa yang sama berbincang dengan guru penyelia iaitu Cikgu Rosli tentang pengendalian sesi itu sendiri. Sehinggalah tamat waktu rehat, aku hanya mampu menjalankan aktiviti yang ringan terutamanya yang melibatkan pemikiran. Dalam pukul 11.10 pagi, kumpulan kelompok yang pun telah datang ke bilik kaunseling, walaupun kepala aku merasa berat sangat, tetapi keinginan hati ini sebenarnya tidak sabar-sabar bersama dengan ahli kelompok tersebut, kerana mungkin aku yakin, melalui sesi kaunseling kelompok yang aku jalankan hari ini, semestinya dapat mengurangkan rasa beban di dalam fikiran ini melalui matlamat kelompok yang ingin dicapai. Alhamdulilah, aku bersyukur sememangnya sangkaan aku tepat sekali, aku dapat rasa mula lapang fikiran ini secara beransur-ansur semasa sesi kelompok ini berjalankan dan setelah itu aku sedikit merasa lega setelah sesi kali ini hampir selesai. Selepas itu sehinggalah waktu petang persekolahan, aku hanya mampu untuk menjalankan sesi bimbingan. Sememangnya untuk menjalankan sesi kaunseling kelompok mahupun kaunseling individu, ia memerlukan kekuatan dan hanya mampu dijalankan sekali atau dua kali sahaja dalam tempoh sehari, kalau tidak ia memberi kesan yang negetif kepada kognitif dan meganggu kestabilan diri seorang kaunselor tersebut. Bagi sesi petang persekolahan, aku meneruskan sesi bimbingan, mungkin pada peringkat awal ini aku perlu untuk kenal para pelajar dahulu sebelum mengenalpasti masalah pelajar yang lebih serius yang seterusnya perlu untuk menjalankan sesi kaunseling.

Suasana Di dalam Asrama


Mencari Ketenangan Permandangan Disebalik Sekolah


Gelagat Pelajar yang Menceriakan

Kejohanan Sukan Tara

Malam Bersama Ghani

No comments: