16 Feb 2009 ( 20 Safar 1430 ) : Syukur sangat pagi ini aku dianugerahkan kesihatan dan kekuatan untuk aku meneruskan perjuangan sebagai guru pelatih yang memasuki minggu ke-5 telah berada di sek SMK KKB ini. Hari pertama setiap minggu persekolahan, dan hari yang aku nanti-nantikan bersama pelajar dalam perhimpunan pagi yang diadakan seawal pukul 7.30 pagi. Pada kebiasaanya, hari perhimpunan pagi aku hanya duduk di astaka, tetapi pagi ini aku turun ke tapak perhimpunan pelajar untuk lebih mendekati para pelajar, sebab zaman sekolah aku dulu, guru yang turun mendekati pelajar di tapak perhimpunan, memang cikgu itu mudah mendekati pelajar. Sepanjang pehimpunan ini juga, gelagat para pelajar yang hampir sama dengan zaman ketika aku sekolah dulu, membuatkan aku tersenyum bersaja. Cikgu Azmi, yang bertindak pagi ini megunting rambut pelajar yang panjang, membuatkan aku tergelak juga dalam hati, sebab teringat zaman sekolah dulu, memang manis kenangan itu dan terasa memang cepat masa berlalu. Selesai sahaja perhimpunan pagi, aku merasa lemah sangat, mungkin sebab tidak sarapan lagi. Pagi ini aku ada temujanji untuk menjalankan sesi kaunseling kelompok, tanpa aku melegahkan masa setelah bersarapan pagi, dalam pukul 9.10 pagi, aku terus menuju ke bilik kaunseling, memang aku menyedari, para pelajar yang ingin menjalankan sesi kaunseling pagi ini sudah berada awal di bilik kaunseling lagi. Aku cuba mengambil masa sedikit untuk menarik nafas dan menenangkan fikiran, sambil-sambil itu memberi borang catatan sesi kepada pelajar tersebut. Pada mula aku belum bersedia untuk menjalankan sesi pagi ini, tetapi apabila aku melihat kesungguhan ahli-ahli kelompok untuk lebih bersedia menjalankan sesi kelompok pagi ini, sememangnya aku merasa seronok bersama mereka. Aktiviti yang membuatkan aku berada dalam keadaan tenang dalam mengendalikan sesi kelompok pagi ini apabila ahli kelompok berjaya mencipta lirik lagu khas untuk kelompok. Pada peringkat pemulaan sesi, aku sudah tetapkan untuk menjalankan sesi sehingga sejam 30 minit sahaja, tetapi aku tidak meyangka bahawa sesi kali ini berjalan selama 3 jam, sehingga pukul 12.00 tengahari. Pada mulanya, aku merancang hanya dua atau tiga orang ahli kelompok sahaja diberi ruang untuk berkongsi, tetapi setelah masing-masing ahli kelompok sedia untuk memanjangkan masa untuk sesi kali ini, menyebabkan masa yang panjang telah diambil untuk meneroka masalah setiap ahli kelompok hanya melalui aktiviti yang lepas, yang mana aku meminta menjawap 5 soalan tentang diri mereka. Alhamdulilah kerjasama antara ahli dan kesediaan yang bersunguh-sunguh ahli kelompok untuk mengikuti sesi kali ini, menyebabkan masa sesi yang hanya dirancang selama sejam 30 minit, berlarutan selama 3 jam. Sememangnya aku merasa bahagia apabila masing-masing ahli kelompok sedia untuk berkongsi dan setiap ahli menjelaskan tentang masalah yang mereka hadapi, menyebabkan masa yang diperlukan ada lama. Uish, inilah sesi yang pertama kali aku laksanakan yang memakan masa selama 3 jam, keluar sahaja aku dari bilik kaunseling kelompok itu, baru aku terasa amat letih. Uish, letih sangat hari ini walaupun hanya sekadar menjadi pendengar yang baik. Tetapi yang menariknya hari ini, aku bersama nana (rakan praktikum) dihadiahkan 2 biji buah koko oleh pelajar, rasa bahagia sangat dapat tgk buat itu dalam diri yang sememangnya kepenantan. Walau bagaimanapun, setelah aku habis sahaja menjalankan sesi kelompok itu, 2 orang pelajar sedang menanti aku untuk menjalankan sesi. Dalam perancangan, aku kena jalankan sesi kaunseling individu pagi ini, tetapi bila badan rasa letih dan mulut pun terasa penat sangat, aku mengambil keputusan untuk sekadar menjalankan sesi bimbingan bersama 2 orang pelajar itu. Walau pun hanya sekadar bimbingan, tetapi letih juga dibuatnya sebab banyak sangat bercakap membimbingan pelajar tersebut sehinggalah tamat waktu persekolahan iaitu pukul 1.50. Uish letih sangat, aku rasa hari ini adalah hari paling pendek masanya sebab cepat sangat masa berlalu. Baru aku nak berehat sekejap, hadir 2 orang pelajar lagi untuk mendapatkan bimbingan, sehinggalah waktu petang. Apa pun, hari ini aku sempat menjeguk aktiviti di padang sekolah, yang mana kejohanan sukan tara bermula hari ini. Sememangnya, hari ini aku simpulkan terasa penat menjalankan sesi dan begitu cepat masa kalau kita menfaatkan masa itu dengan sempurna sekali.
Monday, February 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment