Hadiah dari 2 Orang Pelajar Yang Kembar Seiras
Hari ini adalah hari persekolahan seperti biasa walaupun hari sabtu kerana mengantikan cuti tahun baru Cina yang lepas. Perasaan letih setelah dua hari menjalankan sesi secara beterusan tidak dapat lagi dihilangkan, walau apa pun hari ini aku perlu menjalankan sesi untuk mengejar jumlah jam yang perlu untuk dipenuhi. Seawal pagi, aku hanya berada di bilik kaunseling, melengkapkan buku laporan harian untuk dihantar kepada pengetua. Pagi ini aku berkesempatan untuk berkongsi pendapat bersama rakan sepraktikum aku, nana bersama Cikgu Rosmah dan Cikgu Fauzi yang mana kedua-duanya adalah guru kaunseling tentang sesi yang telah aku jalankan dan berbincang berkenaan dengan program yang hendak dijalankan khas untuk pelajar asrama. Sejurus daripada itu, ahli kelompok yang telah membuat temujanji pada pagi ini untuk menjalankan sesi kaunseling kelompok seterusnya. Sememangnya aku menantikan kehadiran mereka kerana modul khas untuk mereka telah pun aku rangka agar lebih menarik semasa aktiviti kelompok yang akan aku jalankan. Alhamdulilah, baru aku merasa seronok dengan kerjasama yang diberikan oleh ahli kelompok yang menamakan kelompok mereka sebagai "Taram Je". Memandangkan hari ini adalah hari ganti persekolahan, maka jadual berpandukan jadual hari jumaat dan waktu tamat persekolahan adalah pada pukul 12.30 tengahari. Setelah selesai menjalankan sesi kaunseling kelompok, aku mendapat hadiah cenderahati dari pelajar. Alhamdulilah, walaupun hanya sekadar kek, tetapi hati aku merasa lega dan gembira kerana inilah kali pertama aku mendapat hadiah dari pelajar, sememangnya kenangan yang manis dalam diri aku yang keletihan menjalankan sesi, sekurang-kurangnya hadiah dari pelajar ini dapat juga megembirakan hati aku. Dalam fikiran aku, pelajar in kreatif, walaupun hari ini dalam kelender orang kristian mereka menyambut hari kekasih tetapi bagi pelajar yang memberikan hadiah kepada aku, mereka berjaya mengubah ayat yang lebih baik dengan menulis di nota kecil sebagai tanda Hari Silaturrahim. Alhamdulilah lega sangat dapat makan kek. Sebelum tamat waktu sekolah, beberapa pelajar hadir untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling, alhamdulilah masa dan peluang yang ada aku manfaatkan untuk menjalankan sesi bimbingan kepada pelajar tersebut. Sememangnya minggu ini adalah minggu yang paling menarik bagi aku, apa pun aku bersyukur telah apa yang aku capai untuk minggu ini, semoga minggu hadapan lebih baik dari minggu ini. Alhamdulilah
No comments:
Post a Comment