PROGRAM KEPIMPINANAN PELAJAR (MKP) FASA I
Hari ini bermulalah program kepimpinan pelajar bagi fasa pertama. Alhamdulilah seawal pukul 8.00 pagi aku sudah tiba di sekolah SMK KKB ini, tapi kelihatan sunyi lagi keadaan sekolah, hanya kelihatan beberapa orang pelajar sahaja. Selang beberapa minit, baru hati ini rasa tenang bila ternampak Cikgu Fauzi baru sampai. Aku mula bergegas ke dalam dewan unutk melihat apa yang patut hendak disediakan. Bila selesai sahaja sesi pendaftaran pelajar, seperti biasa Cikgu Fauzi dan Cikgu Rosli memulakan aktiviti program dengan penerangan ringkas tentang slot yang akan berlangsung pada hari ini. Sehinggalah slot kedua selesai yang dikendalikan oleh PK HEM, aku bersama nana (rakan praktikum) megambil slot untuk aktiviti LDK, yang mana setiap ahli dipecahkan mengikut kumpulan kecil untuk membincangkan masalah-masalah yang sering dijadapi oleh pengawas sekolah tersebut. Dalam rumusan LDK yang telah aku sampaikan, alhamdulilah secara bersemangat aku berkongsi dengan mereka iaitu terdapat 5 elemen terpenting untuk menjadi seorang pemimpin yang terbaik. Sehinggalah di penghujung program, yang mana kehadirian pengetua untuk merasmikan majlis penutup program terasebut. Alhamdulilah, walau pun porgram hanya berlangsung selama setengah hari sahaja, tetapi ia memberi 1 impirasi kepada aku untuk lebih kreatif dan berkeyainan untuk meyampaikan sesuatu yang berguna untuk berkongsi dengan para pelajar secara umumnya.
No comments:
Post a Comment