Thursday, February 12, 2009

Khamis (Minggu Ke-4) 12 Feb 09 / 16 Safar 1430


HADIAH ISTEMEWA KHAS BUAT PARA PELAJAR SMK KKB

Bahan P&P Semasa Bertugas Sebagai Guru Ganti

Alhamdulilah, memandangkan hari ini tidak ada sebarang program yang melibatkan Unit Bimbingan Kaunseling, aku megambil masa yang ada untuk mencari kelas yang ketiadaan guru. Syukur sangat, apa aku fikirkan akhirnya dizahirkan juga. Seawal pagi pukul 7.45 pagi aku memasuki kelas Tingkatan 1, yang sememangnya aku nantikan. Bahan P&P aku telah sediakan awal lagi untuk menarik minta para pelajar di dalam kelas untuk memberi fokus setiap apa yang aku ingin sampaikan. Selama 2 masa aku berada di dalam kelas tersebut, antara pengisian yang aku sampaikan adalah menjelaskan fungsi kaunseling itu sendiri. Sejurus dari itu, aku terus naik semula ke bilik kaunseling, untuk menantikan pelajar datang mendapatkan perkhidmatan kaunseling yang telah diwar-warkan. Alhamdulilah, beberapa minit aku berada di dalam bilik kaunseling, hadir beberapa pelajar yang seolah-olah berminta mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Sejam kemudian aku mencari pelajar yang mana pelajar tersebut perlu dirujuk kerana aku mendapat surat dari guru disiplin, alhamdulilah, sesi bimbingan dapat lagi aku teruskan. Dalam pukul 11.30 pagi, aku mendapat ahli kelompok yang sebelum ini ingin menjalankan sesi kaunseling kelompok dan hari ini secara dirujuk hadir dan bersedia untuk menjalankan sesi kaunseling kelompok tersebut. Alhamdulilah, peringkat permulaan untuk membina kejelekitan dalam kelompok ia sememangnya memerlukan kemahiran dan kreatif diri yang tinggi bagi mewujudkan suasana yang positif dalam kelompok tersebut. Setelah selesai sahaja sesi kelompok tersebut, hasil kehadiran aku di dalam kelas tingkatan 1 tadi, beberapa orang pelajar dari kelas tersebut sedia untuk menjalankan sesi kelompok bersama aku. Alhamdulilah, tanpa membuang masa, aku meneruskan lagi sesi kelompok yang kedua yang tamat pada pukul 1.45. Pada pukul 1.50, aku mendapat lagi ahli kelompok dari kelas tingkatan 1 itu juga, dan kali ini aku tidak memulakan dengan banyak masa untuk ice breaking, aku terus dengan isu yang ingin dibincangkan, kerana aku meyedari ahli kelompok seolah-olah ingin bersedia berkongsi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Pada pukul 3.15 petang, baru aku selesai menjalankan sesi yang boleh dikatakan sesi kelompok tanpa henti, yang mana memberi kesan pada diri aku. Walau pun dalam keaadaan badan yang terasa letih, tetapi keseronokan bersama pelajar sememangnya mengembirakan hati ini. Selepas sahaja aku selesai menunaikan solat, masa yang ada pada sesi petang ini selain mengisi maklumat pelajar yang telah menjalankan sesi, aku berkesempatan untuk menarik seorang pelajar yang sedang menunggu untuk latihan sukan, untuk aku bawa ke bilik kaunseling, berkongsi tentang pengalaman pelajat tersebut yang baru sahaja berpindah sekolah yang asalnya bersekolah di salah sebuah di Jerantut, Pahang. Seterusnya, aku memberi sedikit bimbingan bagaimana menyesuaikan diri ditempat yang baru. Alhamdulilah, aku gembira hari ini dalam diri yang penuh kepenatan bersama para pelajar.

Bola-bola CINTA & PISTOL Air

No comments: