Hari ini meneruskan lagi sesi yang perlu untuk dipenuhi, seawal pagi lagi aku telah dihadir oleh kelompok yang telah membuat temujanji untuk menjalankan sesi kelompok pada pagi ini. Alhamdulilah, sememangnya menjalankan sesi kelompok seawal 7.45 pagi, aku merasa segar sangat dan bersedia. Bagi sesi kedua ini aku menjelaskan semula apakah maksud permainan yang telah aku jalankan kepada ahli kelompok sebelum ini. Selama hampir sejam lebih menjalankan sesi, sebelum berakhir, aku memberi homework agar mereka setia untuk hadir pada sesi seterusnya. Sememangnya sesi pertama pagi ini memberi aku semangat untuk melengkapkan lagi laporan pratikum aku. Pukul 9.15 pagi, aku menerima seorang pelajar yang secara sukarela datang ke bilik kaunseling bagi mendapatkan sesi bimbingan, perasaan aku mula lega, yang mana para pelajar secara berterusan hadir ke bilik kaunseling. Sebelum tamat waktu sekolah, aku menerima lagi seorang pelajar untuk sedia menjalankan sesi bimbingan individu. Aku mula merasa letih, walau pun hanya bimbingan tetapi, perasaan letih untuk menyampaikan sesuatu tidak dapat dielakkan. Sememangnya hari ini aku merasa letih sangat, tidak sangka begini lah suasana sebenar sebagai pelatih praktikum.
Suasana Di Luar Bilik Kaunseling
No comments:
Post a Comment