Wednesday, February 11, 2009

Rabu (Minggu Ke-4) 11 Feb 09 / 15 Safar 1430


KEMUNCAK PROGRAM MAJU DIRI

Hari ini aku bersemangat melangkah ke sekolah yang sememangnya semangat itu hadir setelah perkongsian bersama Dr. jazimin semalam yang mana mengalakkan aku bersama rakan sepraktikum aku untuk lebih kreatif dalam menjalankan sesi perkhidmatan kaunseling di dalam sekolah SMK KKB ini. Sememangnya perasaan lega setelah melepasi seliaan pertama oleh Dr. Jazimin itu dapat aku rasa sendiri, walau apa pun dalam fikiran ini hanya terfikir tentang bagaimana aku ingin meningkatkan kefahaman dan kemahiran teori untuk diaplikasikan. Moga aku dapat memperbaiki kelemahan aku dalam meneruskan latihan parktikum ini agar lebih berjaya lagi. Sepanjang hari ini akan dijalankan Program Maju Diri bagi Tingkatan 6 Atas, yang mana hari terakhir dan hari kemuncak bagi program PMD yang berlangsung hampir 1 bulan dengan lebih berfokuskan orentasi sekolah mengikut tingakatan dan bacaan ikral pelajar. Berbanding program PMD sebelum ini yang diadakah di dalam dewan sekolah, dan juga berlangsung beberapa hari bagi setiap tingkatan, tetapi ia berbeza dengan situasi bagi pelajar Tingkatan 6 Atas yang lebih mudah dikenali sebagai Pra-U yang mana program PMD kali terakhir ini dijalankan di dalam bilik mesyurat yang lebih selesa dan hanya berlangsung selama sehari sahaja. Apapun apabila aku bersama Tingkatan 6 Atas ini, sememangnya aku mengimbas kembali zaman Tingkatan 6 Atas aku pada 5 tahun yang lalu iaitu tahun 2003, yang aku akui jauh berbeza dengan para pelajar di sini (semenanjung). Walau apa pun, waktu ini sememangnya aku nantikan untuk berkongsi pengalaman bagaimana suasana dan pembelajaran yang terbaik semasa aku berada di Tingkatan 6 Atas ketika dulu. Antara pengisian program hari ini adalah seperti gambaran suasana di bawah ini.



Slot 1 : Bersama Cikgu Rohaizad Berkongsi Pengalaman

Slot II & III : Bersama Kaunselor (Kemahiran Belajar & Sistem Meritrokasi)

Slot IV : Taklimat Displin & Kesedaran Kendiri Pelajar STPM




Majlis Bacaan Ikral & Menandatangani Surat Aku Janji


Walau bagaimanapun, sehingga majlis terakhir program PMD iaitu majlis bacaan ikral dan menandatangani surat aku janji, dan disebabkan kesuntukkan masa menyebabkan perancangan awal yang telah aku rancang bersama rakan sepraktikum aku tidak kesampaian untuk bersama dengan pelajar Tingkatan 6 Atas untuk menyampaikan pengurusan stress dan juga berkongsi sedikit pengalaman untuk meningkatkan motivasi kepada mereka yang mana pilihan mereka memasuki Tingkatan 6 Atas adalah merupakan pilihan yang bijak dalam menyambung pelajaran di peringkat ijazah pada masa akan datang. Apapun jangan sesekali merasa kecewa, kerana mungkin ada masa yang lebih sesuai untuk aku bersama dengan para pelajar Tingkatan 6 Atas ini. Alhamdulilah, setelah aku selesai menunaikan solat zohor, dalam mengisi masa pada waktu petang di dalam bilik kaunseling, iaitu pada pukul 3 petang, datang 2 orang pelajar Tingkatan 6 Atas menemui kami dan seterusnya menjalankan sesi bimbingan individu. Alhamdulilah, berakhirnya PMD bagi Tingkatan 6, maka berakhirlah juga program PMD yang telah berlangsung sejak hari kedua aku berada di sekolah ini, yang mana program ini sememangnya memberi manfaat kepada kami sebagai pelatih dalam menimba pengalaman dalam mengendalikan sesuatu program yang besar dan seterusnya dapat mewujudkan hubungan yang baik kepada semua para pelajar di sekolah ini.

No comments: