Wednesday, February 11, 2009

Selasa (Minggu Ke-4) 10 Feb 09 / 14 Safar 1430

Alhamdulilah, seperti biasa aku memulakan refleksi harian ini dengan merasa syukur atas izin dan nikmatNYA, aku mampu meneruskan lagi latihan praktikum aku di SMK KKB, alhamdulilah hari ini telah memasuki minggu yang ke-4 aku telah berada di sekolah ini. Pagi ini sememangnya aku merasa tenang sebab mungkin program PMD yang dijalankan setiap minggu telah pun hampir selesai, kerana esok adalah hari kemuncak dan hari terakhir program PMD dijalankan. Pagi ini aku hanya mengemas data dan maklumat dalam fail-fail aku selain berkongsi ilmu bersama guru penyelia aku iaitu Cikgu Rosli tentang proses kaunseling. Dalam hati aku, dalam keaadaan yang kurang sibuk seperti hari ini, terdetik juga mangharap kehadiran pensyarah penyelia datang untuk menyelia aku bersama rakan sepraktikum aku, nana. Mungkin perasaan itu timbul sebab rakan aku yang praktikum di SMK Ampang Pecah sudah pun di selia oleh Dr. Jazimin. Apapun dalam pukul 10.00 lebih, aku dapat panggilan dari no yang tak dikenali, lalu aku angkat rupanya suara Dr. jazimin kedengaran. Mungkin betul orang kate, apa yang kita fikirkan, pasti di zahirkan olehNYA. Alhamdulilah, dalam keadaan aku dan nana telah bersedia dari segi kebersihan bilik dan persediaan klien, walaupun ilmu teori itu masih kurang lagi, kami tetap bersedia untuk menantikan Dr. Jazimin untuk hadir pada hari ini juga. Sememangnya masa menanti kehadiran Dr. Jazimin untuk datang menyelia aku dan nana hari ini, kami gunakan masa tersebut untuk berkongsi ilmu dan pendapat bersama guru penyelia kami tentang keperluan dan pengetahuan yang perlu ada pada diri kaunselor semasa menjalankan sesi kaunseling individu mahupun sesi kaunseling kelompok. Alhamdulilah, dari perkongsian yang diberikan, aku mendapat sesuatu yang boleh untuk aku aplikasikan dalam sesi yang akan aku jalankan. Sememangnya komen dan nasihat dari cikgu Rosli, memberi petunjuk dan panduan agar aku mudah menjalankan sesuatu sesi. Dalam masa yang ada juga, dalam menanti kehadiran Dr. jazimin, aku menerima kehadiran pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan individu, alhamdulilah sekurangnya perasaan gementar itu berkurangan setelah memberi bimbingan kepada pelajar tersebut. Sehinggalah lonceng berbunyi, yang mana waktu sekolah sudah tamat, Dr.Jazimin masih lagi belum datang. Apa pun aku pergi ke kantin sekolah untuk makan tengahari dahulu dan menunaikan solat zohor sebelum menanti kedatangan Dr. jazimin ke sekolah. Alhamdulilah sekali lagi aku mendapat panggilan dari Dr. Jazimin, yang mana beliau memberitahu akan datang dalam beberapa minit lagi ke sekolah tersebut. Setelah aku selesaikan sahaja menunaikan solat zohor, aku bergegas naik ke bilik kaunseling untuk membuat persediaan kehadiran Dr. jazimin ke dalam bilik kaunseling. Setibanya aku di depan bilik kaunseling, sememangnya perasaan ini seolah-olah sudah dapat merasa yang mana Dr. Jazimin telah sampai dahulu ke bilik kaunseling daripada aku. Dengan melulu masuk ke bilik kaunseling, dalam keaadaan tenang, aku terus bersalam dengan Dr. jazimin dan menyapa beliau. Waktu itu, suasana diluar hujan lebat, menyebabkan suara kurang jelas untuk mendengar, alhamdulilah beberapa minit kemudian, hujan pun mula berhenti dan aku bersama nana rancang berbual dan berkongsi menjelaskan keadaan kami selama berada di sekolah ini. Alhamdulilah respon yang diberikan oleh Dr. Jazimin kepada kami, yang lebih banyak berkongsi idea untuk menjadi kaunselor yang lebih kreatif sememangnya membuatkan kami selesa bersama Dr. Jazimin. Walau bagaimana pun, selepas perkongsian tersebut dan klien kami pun telah bersedia untuk menjalankan sesi kaunseling, Dr.Jazimin meminta kami memulakan sesi kaunseling untuk kali pertama di selia. Terlebih dahulu nana menjalankan sesi dan disusuli oleh aku. Sememangnya, pertama kali di selia oleh pensyarah, perasaan tidak kongruen sememangnya wujud menyebabkan aku tidak mampu meneroka masalah klien lebih dalam lagi dan sememangnya kelemahan yang aku sedari adalah lemahnya dalam mengaplikasikan teori dalam sesi kaunseling tersebut. Walau apa pun aku merasa bertuah kerana mendapat penyelia yang sedia berkongsi ilmu dan sedia untuk menjelaskan lebih dekat lagi tentang kefahaman dalam bagaimana mengaplikasikan teori kaunseling terhadap masalah klien. Di sini ingin aku berkongsi bersama rakan-rakan seperjuangan yang sedang mengikuti blog aku, untuk dapat sama-sama berkongsi warkah dari Dr. jazimin dalam sesi yang aku telah jalankan. Sememangnya Warkah Dr. jazimin ini membuat aku sedar rupanya banyak lagi yang perlu aku tingkatkan dalam memberi perkhidmatan sesi kaunseling yang lebih sempurna agar matlamat sesi kaunseling itu tercapai.



No comments: