Alhamdulilah, hari ini memasuki hari kedua Program Maju Diri bagi para pelajar Tingkatan 5 ada merupakan hari kemuncak program dengan slot bacaan ikral dan majlis menandatangani surat aku janji. Pengisian program pada pagi jumaat yang melibatkan aku dan rakan sepraktikum (Ashana) adalah sedikit sekali hanya mengambil sedikit masa untuk memperkenalkan diri kepada para pelajar Tingkatan 5. Walau apa pun, sambutan dan maklumbalas daripada para pelajar adalah baik sekali, dan sememangnya memudahkan aku berinteraksi dengan mereka. Program yang seperti biasa berjalan seawal pukul 7.30 pagi, taklimat ringkas oleh Cikgu Rosli dan Cikgu Fauzi tentang program yang berlangsung selama sehari hari ini dan selain itu kami membantu untuk mengambil kehadiran para pelajar. Sebelum slot pagi dimulakan, aku memulakan aktiviti dengan memperkenalkan permainan "Bola-bola CINTA", alhamdulilah respon daripada pelajar sememangnya baik sekali yang bukan sahaja bermaklamat untuk menarik minat mereka malah proses interaksi aku dengan para pelajar adalah menarik sekali.
LDK : Berinteraksi Bersama Pelajar Tingkatan 5
Selang beberapa minit kemudian, untuk memeriahkan aktiviti lagi, sememangnya aku dibantu oleh Ashana (Rakan Sepraktikum) untuk bersama-sama menjalankan aktiviti senaman pagi bersama para pelajar yang menghiburkan dan mengamatkan lagi suasana pagi di dalam dewan tersebut. Syarat program yang telah dimaklumkan kepada para pelajar iaitu kerjasama, perhatian dan 'spoting' sememangnya memudahkan kami menjalankan aktiviti dengan para pelajar yang mematuhi syarat aktiviti tersebut.
Slot Senaman Pagi
Selepas daripada aktiviti pagi tersebut, slot seterusnya bermula pada pukul 9.15 pagi dengan slot pertama iaitu Taklimat oleh Penolong Kanan 1 berkenaan dengan "Peranan Pelajar di sekolah Dalam Mewujudkan Suasanan Sekolah yang Positif" dan selepas tamat waktu rehat, slot kedua pula disampaikan oleh Penolong Kanan HEM iaitu berkenaan dengan disiplin dan hukuman kepada para pelajar yang melanggar peraturan sekolah sehinggalah majlis bacaan ikral di perghujungnya. Walau bagaimanapun, aku bersama Ashana (Rakan Praktikum) tidak dapat bersama-sama di dalam dewan kerana pada slot kedua tersebut kami telah menjalankan sesi kaunseling, dan aku mula merasa lega setelah sesi kaunseling individu dan kaunseling kelompok berjaya aku jalankan pada hari ini. Walau pun diri dalam kepenatan, sememangnya kesukarelaan para pelajar yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling adalah membuatkan diri aku gembira sekali. Alhamdulilah, hari ini aktiviti program dan sesi kaunseling berjalan dengan sempurna sekali. Manakala bagi sesi petang pula, program mengiringi para pelajar untuk datang melawat UPSI sememangnya menambahkan lagi suasana kemesraan bersama para pelajar tersebut.
No comments:
Post a Comment