Alhamdulilah, meneruskan lagi perjuangan seorang pendidik yang telah memasuki hari keempat dalam minggu ke-3 berpraktikum di SMK KKB ini, Program Maju Diri (PMD) bagi Tingkatan 5 pula berlangsung bermula hari ini sehingga esok hari iaitu hari jumaat. Seperti biasa, program yang bermula seawal pukul 7.30 pagi yang dikendalikan oleh guru-guru kaunseling sebagai pengenalan tentang program dan aktiviti yang akan dijalankan selama 2 hari tersebut. Sememangnya, melalui program PMD yang melibatkan semua pelajar di setiap tingkatan secara langusng dapat dirasai dan diperhatikan bahawa satiap tingkatan dan tahap pelajar adalah pendekatan yang berbeza digunakan dengan kesuaian peringkat mereka agar penerimaan para pelajar mendapat maklumbalas yang positif. Pukul 8.00 pagi, taklimat tentang sistem meritrokasi dalam memasuki ke IPTA telah disampaikan oleh Cikgu Fauzi. Sejurus daripada itu, sebelum tamat waktu sesi bagi slot yang pertama yang melibatkan 3 kelas yang awal bagi tingkatan 5 tersebut, aku bersama nana (rakan sepraktikum) mengambil peluang untuk mempromosikan diri kepada para pelajar tentang kehadiran kami sepanjang 4 bulan berada di sekolah ini. Alhamdulilah sambutan dan penerimaan yang ditunjukkkan oleh para pelajar adalah baik sekali.
Senaman Ringkas
Manakala bagi slot kedua untuk sesi waktu selepas rehat dari pukul 10.50 pagi sehingga tamat waktu persekolahan iaitu pada pukul 1.50 petang yang melibatkan 3 buah kelas lagi bagi Tingkatan 5 diteruskan bersama Cikgu Rosli dan Cikgu Fauzi. Seperti juga slot pada pagi tadi tentang sistem meritrokasi yang digunakan dalam memasuki ke IPTA. Sememangnya fokus para pelajar Tingkatan 5 yang akan meninggalkan zaman persekolahan adalah pilihan mereka antara IPTA atau memilih untuk meyambung pelajar ke Tingkatan 6 seterusnya.
Aktiviti bagi sesi petang pula iaitu dari pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang, disebabkan ada sesi latihan bagi setiap rumah sukan, jadi semua para pelajar berada dipadang sekolah. Sememangnya masa yang terluang aku bersama rakan sepraktikum Ashana, adalah mengemaskini fail-fail di dalam bilik kaunseling dan mengemas bilik tersebut bersama beberapa orang pelajar. Alhamdulilah, hari ini segala aktiviti berjalan dengan baik sekali.
No comments:
Post a Comment