Meneruskan langkah untuk hari yang kedua PMD bagi Tingkatan 2, berbekalkan perasaan seronok bersama para pelajar semalam, sememangnya hari ini aku lebih bersemangat untuk bersama mereka lagi. Alhamdulilah, seawal pukul 7.30 pagi para pelajar Tingkatan 2 sudah berada di dalam dewan yang mana kali ini tidak seperti semalam dipecahkan 2 bahagian, tetapi hari ini adalah hari terakhir hari PMD bagi Tingkatan 2 dan juga merupakan hari bacaan ikral pelajar, jadi ia melibatkan kesemua pelajar Tingkatan 2 iaitu seramai 171 orang pelajar yang berada di dalam dewan sepanjang hari ini. Seperti biasa sebelum aktiviti dijalankan, cikgu Rosli memulakan majlis dengan beberapa penerangan ringkat berkenaan dengan program PMD yang sedang dan akan dijalankan. Manakala cikgu Fauzi mengambil kehadiran pelajar dengan bantu wakil ketua kelas. Pada pagi ini juga Tuan Pengetua mengambil kesempatan untuk memberi penerangan ringkas terhadap para pelajar berkenaan dengan isu disipilin. alhamdulilah setelah selesai, bermulalah aktiviti bimbingan yang akan dijalankan oleh aku bersama rakan sepraktikum iaitu Nana. Memulakan aktiviti dengan senaman pagi yang dikendalikan oleh Nana, yang sememangnya menarik dan menceriakan para pelajar yang berada di dalam dewan. Sejurus daripada itu, aku memulakan slot dengan sesi bimbingan yang berfokuskan kemahiran belajar. Dengan kerjasama para pelajar untuk terlibat, alhamdulilah aku mampu megendalikan sesi bimbingan yang melibatkan hampir 200 orang pelajar. Ini lah kali pertama aku rasakan bertapa seronoknya berucap dihadapan para pelajar sehingga tidak sedar masa berlalu dengan pantas. Penglibatan pelajar yang aktif untuk menjawab persoalan yang diberikan sememangnya menambahkan lagi keceriaan suasana di dalam dewan tersebut.
Sejurus sahaja tamat waktu rehat, para pelajar masuk ke dalam dewan semula dalam pukul 10.30 pagi. Manakala bagi slot kali ini adalah diisi dengan Taklimat Disiplin yang disampaikan oleh guru disiplin dan guru penolong kanan HEM, iaitu berkenaan dengan kesalahan-kesalahan disiplin yang selalu pelajar lakukan dan hukuman-hukuman yang sepatutnya seperti perlaksanaan sistem mata merit. Majlis kemuncak pada hari ini, seperti mana pada PMD bagi Tingkatan 1, 3 dan 4 sebelum ini, iaitu majlis bacaan ikral dan menandatangani surat aku janji. Setelah majlis tersebut selesai, aku meneruskan slot seterusnya sehinggalah waktu sekolah tamat iaitu pada pukul 1.50 petang.
Alhamdulilah, akhirnya selesai sudah program PMD bagi pelajar Tingkatan 2 yang berlangsung selama 2 hari, dan sememangnya aku mulai selesa bersama pelajar tetapi yang penting ada sesuatu yang menarik dibawakan kepada para pelajar untuk lebih bersedia dalam setiap program yang akan dikendalikan. Walau bagaimanapun, esok meneruskan lagi Program PMD yang juga berlangsung selama 2 hari sehingga hari jumaat yang melibatkan pelajar Tingkatan 5, yang sememangnya aku jua menanti untuk bersama para pelajar tersebut. Setelah selesai aktiviti di dalam dewan, aku melangkah menuju ke bilik kaunseling, sememangnya dalam hati aku berkata, moga-moga petang ini ada pelajar yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Tetapi ada wakil ahli kelompok datang untuk memaklumkan kepada aku, mereka tidak bersedia untuk menjalankan sesi hari ini dan meminta ditanggungkan hari esok. Aduss...terlepaslah jawapnya aku untuk menjalankan sesi bagi petang ini. Emm... aku melangkah keluar dari bilik kaunseling untuk menunaikan solat zohor dan minum seketika sebelum naik semula ke bilik kaunseling. Sehinggalah pukul 5.00 petang, aku berada di dalam bilik kaunseling bersama dengan rakan sepraktikum aku dan beberapa orang pelajar yang menemani kami untuk mengemas bilik kaunseling. Alhamdulilah hari ketiga yang memasuki minggu ketiga aku berada di sekolah ini, serba sedikit aku dapat menjiwai perasaan seorang bakal pendidik.
No comments:
Post a Comment