Tuesday, February 3, 2009

3 Februari 2009M / 7 Safar 1430H

Program Maju Diri (PMD) Tingkatan 2

Hari kedua yang telah memasuki minggu ketiga pada hari pagi ini aku memulakan langkah lebih bersemangat dan alhamdulilah semakin lama dalam hati ini ikhlas untuk menjalankan tugas setiap hari, aku mula merasa betapa seronoknya menjadi pendidik. Alhamdulilah pagi ini aku merasakan tidak sabar-sabar untuk memulakan tugas yang mana meneruskan program maju diri yang telah memasuki minggu ketiga dan hari ini akan melibatkan pelajar tingkatan 2. Alhamdulilah, kali ini aku baru betul-betul bersedia untuk menjalankan sesi bimbingan bersama para pelajar berbanding pada peringkat awal dulu yang masih mencari apa modul yang sesuai untuk menarik minat pelajar mendengar. Sememangnya aku bersyukur kerana pagi ini aku dating ke sekolah untuk memulakan aktiviti dengan berpandukan modul yang lain dari yang lain.


Bermula seawal pukul 7.30 pagi, aku, nana dan tiga orang kaunselor sekolah telah berada di dewan bersama para pelajar yang mana untuk slot pagi ini melibatkan tiga buah kelas daripada 6 buah kelas yang ada di Tingkatan 2. Bagi slot yang pertama (7.30 – 10.10) ini kelas yang terlibat adalah 2C, 2B dan 2S iaitu seramai 88 orang pelajar manakala pada slot kedua (10.30-1.50) kelas yang terlibat adalah 2M, 2G dan 2D iaitu seramai 91 orang pelajar. Setelah diberi penerangan tentang program yang akan dijalankan oleh Cikgu Fauzi dan Cikgu Rosli, pada pukul 8.10 pagi pengendalian slot telah diserahkan kepada kami berdua. Rakan sepraktikum, nana memulakan aktiviti senaman bagi menyegarkan badan dan minda para pelajar. Seterusnya setelah selesai aktiviti tersebut, aku memulakan slot dengan penuh yakin dan hari ini aku memperkenalkan ‘bola-bola cinta’ dan ‘pinggat emas’ yang mana untuk menarik minat para pelajar bersama-sama mengikuti aktiviti yang dijalankan. Bertemakan mengenal potensi diri, aku memulakan dengan aktiviti bagaimana cara untuk membina matlamat sebelum mengenali potensi diri yang ada. Aktiviti yang aku jalankan adalah dengan mengarahkan para pelajar untuk tampil ke depan dengan meyambung garisan yang dibuat oleh rakan-rakannya sehinggalah mereka jelas betapa pentingnya membina matlamat dalam hidup berbanding orang yang tidak mempunyui matlamat yang jelas. Sememangnya slot kali ini aku merasa seronok sehingga tidak terasa masa bagi slot pertama ini hampir tamat.



Meneruskan slot kedua, yang seperti biasa dimulakan oleh Cikgu Fauzi dan Cikgu Rosli untuk memberi penerangan ringkas tentang program dan sebelum memulakan aktiviti pada kali ini, tuan pengetua sekolah mengambil sedikit masa bersama para pelajar untuk menyampaikan peringatan penting. Pada pukul 11.00, slot telah diberikan kepada aku untuk menjalankan aktiviti bimbingan seterusnya. Seperti pada slot pertama tadi yang bertemakan mengenal potensi diri diteruskan lagi pada slot kedua ini dengan terlebih dahulu menjalankan aktiviti mengenal matlamat dan seterusnya membina matlamat para pelajar. Sememangnya setelah aku mendapat idea tentang bagaimana modul yang menarik untuk mendekati para pelajar, dapat aku rasakan betapa selesa dan mudah menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Tanpa aku sedari, masa berlalu dengan pantas, walau apa pun maklumat yang ingin aku sampaikan kepada para pelajar telah difahami dengan baik. Sehinggalah pada pukul 1.30, cikgu Fauzi mengambil semula tempat untuk menyampaikan sesuatu kepada para pelajar sebelum menamatkan aktiviti hari ini. Mulai saat ini baru rasa penatnya bercakap didepan dan aku menarik nafas lega kerana aku berjaya menajalankan tugas hari ini.

Tepat pukul 1.50, para pelajar dilepaskan keluar dan aku mula mengemas barang-barang, dan setika itu beberapa orang pelajar menemui aku yang mana ingin menjalankan sesi kaunseling pada petang ini. Alhamdulilah dalam hati aku berkata, sememangnya itu yang aku nantikan, bukan sahaja dapat memenuhi ruang masa waktu petang dengan menjalankan sesi malah sebagai persedian aku mempraktiskan teori sebelum kedatangan penyelia nanti. Walau apa pun aku mengambil masa rehat dulu setelah hampir setengah hari berada di dalam dewan untuk mengalas perus dan menunaikan solat zohor. Dalam pukul 2.45 aku mula menuju ke bilik kaunseling sebagai persiapan sebelum menjalankan sesi. Alhamdulilah, pukul 3.00 petang pelajar tersebut datang. Pada peringkat permulaannya aku hanya beranggapan pelajar ini bersedia menjalankan sesi bimbingan kelompok, tetapi daripada proses penerokaan yang aku jalankan, ia semakin hampir melibatkan masalah psikologi para pelajar tersebut. Pendekatan REBT adalah yang paling sesuai untuk diamalkan yang mana pada peringkat pemulaaan pemikiran pelajar adalah tidak rasional dalam membuat keputusan dan setelah aku mengunakan teknik mencabar tindakan klien yang telah dilakukan dan seterusnya, alhamdulilah akhirnya mereka sedar akan tindakan tidak rasional mereka dan terus memfokuskan matlamat hidup mereka yang lebih berjaya. Alhamdulilah, aku berasa syukur kerana setelah menjalankan sesi bimbingan kelompok di dalam dewan tadi, malah bagi petang ini aku berjaya menjalankan sesi kaunseling kelompok. Tanpa disedari, waktu pun semakin lewat sehingga pukul 5.00 sesi aku hampir tamat akan aku meminta agar ahli kelompok untuk datang lagi sekiranya ada sebarang masalah lain dihadapi. Aku menarik lafas lega, sememangnya aku berjaya melakukan tugas yang sepatutnya hari ini dan aku meninggalkan sekolah hari ini dengan hati yang lapang sekali.

No comments: