Monday, February 2, 2009

2 Februari 2009M / 6 Safar 1430H

Outreach

Alhamdulilah pagi ni aku kembali ke sekolah SMK KKB untuk meneruskan perjuangan aku bagi melangkapkan persediaan diri dalam mencintai dan menjiwai diri sebagai bakal pendidik. Cuti seminggu pada minggu lepas sememangnya dalam memberi ketenangan seketika dalam membuat persiapan persediaan praktikum seterusnya untuk bulan ini. Pagi ini aku mulakan langkah seawal pagi ke sekolah, seperti mana hari isnin kebiasaanya, para pelajar berpusu-pusu menuju ke padang sekolah untuk bersedia perhimpunan pagi. Maklumat penting yang dapat aku buat nota pagi ni dari ucapan pengetua adalah mulai bulan ini pertandingan kecerian kelas telah bermula, terfikir seketika untuk mencari idea bagi menceriakan bilik kaunseling aku...emm masa cuti minggu lepas aku tidak berkesempatan untuk mencuri masa membersihkan bilik kaunseling, tapi tak ape lah minggu ni kena bersihkan juga. Selesai sahaja perhimpunan pagi, aku mengarahkan ketua kelas dan penolong untuk berkumpul di depan astaka sekejap untuk aku memberikan kertas promosi untuk mereka tampal di setiap bilik kelas, outreachlah katakan.


Pagi ini aku meneruskan dengan mencari maklumat sekolah yang perlu untuk dimasukkan ke dalam laporan akhir nanti, dan bersama guru kaunseling berbincang tentang program yang hendak dijalankan. Mengambil kesempatan masa pagi ini yang tidak ada program lain, alhamdulilah setelah outreach yang aku edarkan tadi pagi selepas perhimpunan, beberapa pelajar mula datang ke bilik kaunseling untuk membuat temujanji bagi menjalankan sesi kaunseling. Rasa senang hati mula aku rasakan apabila seorang pelajar menemui aku untuk menjalankan sesi pertama pagi ini, sememangnya masa yang aku nanti-nantikan. Bagi klien pertama ini hanyalah sekadar menjalankan bimbingan kaunseling kerana masalah yang dihadapi hanyalah masalah belajar tanpa melibatkan psikologi. Berlalu selama 1 jam aku menjalankan sesi bimbingan, aku meneruskan mencari maklumat yang berkaitan dalam laporan akhir aku nanti. Selain itu aku juga mengambil kesempatan berbincang dengan guru kaunseling tentang modul yang akan digunakan pada esok pagi bagi Program Maju Diri yang dikhususkan bagi pelajar Tingkatan 2. Alhamdulilah atas bimbingan dan kerjasama dari kaunselor sekolah tersebut dapatlah sedikit sebanyak modul yang akan digunakan pada pagi esok.


Selepas sahaja tamat waktu sekolah dalam pukul 2.00 petang, seorang pelajar menemui aku untuk menjalankan sesi, alhamdulilah hari ini bermulalah sudah aku menjalankan sesi kaunseling, rasa lega juga dalam hati ini, sekurang-kurangnya aku ada persediaan nanti apabila Dr. Jazimin datang untuk menyelia aku. Setelah selesai solat zuhor, hanya sempat membeli kuih sebagai alas perut aku petang itu, aku terus ke bilik kaunseling kerana meyedari akan kehadiran klien yang telah membuat temujanji pukul 2.30 petang. Alhamdulilah dalam 15 minit aku menunggu, pelajar tersebut datang dengan kelihatan air wajah yang seperti dalam kesedian dan tubuh badan yang lemah longlai. Aku cuba membina rapo untuk menarik lagi minat pelajar tersebut untuk menjalankan sesi tersebut. Dalam sesi yang dijalankan kali ini, ia adalah sesi kaunseling kerana melibatkan psikologi diri pelajar. Inilah sesi kaunseling aku yang pertama, tetapi masalah yang timbul yang tidak dapat aku elekkan mp4 yang akan aku gunakan untuk merakam tidak dapat berfungsi dengan baik, apa pun aku teruskan juga sesi tersebut. Isu yang diutarakan oleh klien ini adalah dirinya merasa kesunyian dan rasa berjauhan dengan ahli keluarga, kerana beliau kali pertama tinggal di asarama sekolah. Hal kerana beliau tidak dapat menyesuaikan diri ditempat baru, menyebabkan beliau merasa sedih. Melalui pendekatan REBT, sememangnya pelajar berkenaan dalam berfikiran tidak rasional kerana menyedari dirinya rasa kesunyia, walhal beliau mempunyai keluarga yang selalu melawat pada hujung minggu dan rakan-rakan baru yang berada diasrama tersebut. Masa berlalu dengan pantas, sehinggalah aku menamatkan sesi sehingga pukul 4.20 petang, alhamdulilah pelajar tersebut mulai sedar tentang peranan beliau untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah. Pukul 4.30 petang, aku megambil masa untuk megemas fail-fail aku dan bilik kaunseling sebelum beredar dari sekolah tersebut. Alhamdulilah hari ini aku merasa sungguh gembira dalam hati kerana dapat mendekati beberapa orang pelajar, apa pun aku kena buat persiapan untuk hari esok, yang mana akan bermula Program PMD yang telah memasuki minggu ke-3 persekolahan, melibatkan pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 5 pada minggu ini.

No comments: