Friday, February 20, 2009

MEMORI KEJOHANAN SUKAN SMK KUALA KUBU BHARU











































































































































































































































































































Jumaat _ Minggu Ke-5 _ Hari Ke-29 Praktikum

20 Feb 2009 ( 24 Safar 1430 ) : Hari ini berlangsungnya kejohanan sukan tahunan bagi sekolah SMK Kuala Kubu Bharu, sememangnya suasana meriah dapat dirasai melalui rakaman gambar yang telah dipaparkan di bawah ini. Aktiviti yang melibatkan guru-guru pelatih UPSI sememangnya memenuhi diruangan ini, semoga menjadi kenangan.







Khamis _ Minggu Ke-5 _ Hari Ke-28 Praktikum

Selamat Hari Lahir "TARAM JEW"

19 Feb 2009 ( 23 Safar 1430 ) : Alhamdulillah, seawal pagi hari ini aku merasa tenang dalam dianugerahkan kesihatan yang sempurna bagi meneruskan lagi perjuangan sepanjang praktikum ini. Sememangnya, para pelajar yang hadir dalam bilik kaunseling seringkali memberi kepada aku keceriaan dalam kesepian hidup ini. Alhamdulillah, syukur sangat kerana seperti biasa seawal pagi lagi pelajar telah dirujuk oleh guru kelas untuk datang ke bilik kaunseling, air mata pelajar sememangnya memberi aku lebih memahami keadaan mereka, kerana sesungguhnya para pelajar yang bermasalah ini kita perlu menghukum, kerana aku perlu tahu apakah sebenarnya yang telah membuatkan mereka bertingkah laku sedemikian. Sambil itu, aku berkesempatan juga berkongsi ilmu bersama kaunselor dan kaunselor penyelia aku dalam memperbaiki lagi kelemahan yang ada semasa menjalankan sesi kaunseling. Hari ini aku sedari adalah hari terakhir bagi sesi kaunseling kelompok bagi kumpulan pertama yang telah aku bentuk, kerana aku telah menjalankan sesi kaunseling kelompok secara maraton. Hari ini juga salah seorang mereka menyambut hari lahir di dalam bilik kaunseling. Yang menarik kumpulan kelompok ini adalah kreatif sepanjang sesi yang telah dijalankan dan berjaya menghasilkan lagu tema yang menarik perhatian aku.

Jangan Lupa Aku Sahabat (Muzik Indigo - seindah)

Sahabat...
Tiada lagi wajahmu di... sekolah ini,
Kau tahu betapa aku rindu pada mu,
Hanya Cikgu Sidi sebagai ganti,
Ooo...
Hanya takdir menemukan kita,
Oh sedihnya jiwa...

Kau tahu betapa ku rindu pada mu,
Hanya tuhan saja... yang tahu
Ooo..
Sahabat... jangan lupa aku,
Aku rindu,
Aku sayang,
Pada mu...


S-A-H-A-B-A-T (Muzik Kau Ilham ku - Manbai)


Berjuta bintang dan matahari pun...
Kau tetap satu dihatiku,
Ibarat anjing dan kucing bergadoh,
Kita kan tetap... Teguh.

Seindah mutiara di lautan,
Hubungan kan tetap terjalin,
Tiada pemisah melainkan tuhan,
So.. kukuhkan dengan iman.

Oh... marilah teman janganlah melawan,
Dengar ini cerita harap tertawan
Dan maafkanlah
Andai lagu ini menggangu segala khayalanmu, Dan izinkanlah...
Diri ini menjadi separuh dari hidup mu,
Oh sahabat ku...
Oh sahabat ku...
Oh sahabat ku, Oh sahabat ku, Oh sahabat ku.

Suasana Ceria Sepanjang Persiapan Menjelang Kejohanan Sukan Sekolah











Wednesday, February 18, 2009

Rabu _ Minggu Ke-5 _ Hari Ke-27 Praktikum

Sesi Bimbingan Individu

18 Feb 2009 ( 22 Safar 1430 ) : Alhamdulilah, pagi ini aku mula terasa tenang berbanding hari semalam. Seawal pagi aku merancang untuk hari ini untuk menjalankan sesi kaunseling, tetapi para pelajar yang datang ke bilik kaunseling secara sukarela mahupun secara dirujuk, hanya perlu dibimbing. Seawal pukul 8.00 pagi aku telah berhadapan dengan pelajar yang dirujuk, alhamdulilah rasa seronok juga bersama pelajar kerana bila aku melihat air wajah mereka, terkenang aku zaman sekolah dulu. Sememangnya mencuit hati aku setelah beberapa tahun meninggalkan zaman persekolahan, dan hari ini aku juga tidak meyangka, aku menjadi seorang pendidik yang sememangnya bidang yang mencabar dalam mendidik generasi muda ke arah yang lebih baik. Proses bimbingan mahupun kaunseling sering disalahtafsirkan oleh para pelajar, walau bagaimanapun aku kena berusaha untuk menarik para pelajar datang dan merasa gembira bersama kaunselor, selain mewujudkan suasana sayang guru, sayangi sekolah. Alhamdulilah, sehinggalah waktu petang persekolahan hari ini aku hanya mampu menjalankan sesi bimbingan sahaja. Petang ini juga diteruskan kejohanan sukan tara yang melibatkan semua pelajar. Alhamdulilah, sememangnya hari ini aku merasa tenang dalam berhadapan dengan pelajar.


Penyampian Pinggat Kejohanan Sukan Tara

Tuesday, February 17, 2009

Selasa _ Minggu Ke-5 _ Hari Ke-26 Praktikum


Burnout

17 Feb 2009 ( 21 Safar 1430 ) : Seawal pagi aku tiba di sekolah untuk meneruskan lagi latihan intership aku, kali pertama kepala aku terasa berat sangat, seperti keletihan yang teramat sangat di dalam minda ini. Aku sedari mungkin kesan daripada sesi kaunseling kelompok yang aku jalankan semalam yang mana memakan masa selama 3 jam aku kendalikan. Pagi ini aku hanya menjalankan bimbingan individu sahaja, dan itu pun aku merasa berat untuk bercakap dan berfikir. Sediakan itu juga aku kena bersedia untuk memahami teori REBT untuk aku aplikasikan dalam sesi seterusnya, terutama sesi kaunseling kelompok yang telah aku membuat temujanji. Pagi ini aku tidak mampu menjalankan sesi kaunseling, kerana aku merasa tidak bersedia dan hanya membuat binbingan dan memahami teori, dan dalam masa yang sama berbincang dengan guru penyelia iaitu Cikgu Rosli tentang pengendalian sesi itu sendiri. Sehinggalah tamat waktu rehat, aku hanya mampu menjalankan aktiviti yang ringan terutamanya yang melibatkan pemikiran. Dalam pukul 11.10 pagi, kumpulan kelompok yang pun telah datang ke bilik kaunseling, walaupun kepala aku merasa berat sangat, tetapi keinginan hati ini sebenarnya tidak sabar-sabar bersama dengan ahli kelompok tersebut, kerana mungkin aku yakin, melalui sesi kaunseling kelompok yang aku jalankan hari ini, semestinya dapat mengurangkan rasa beban di dalam fikiran ini melalui matlamat kelompok yang ingin dicapai. Alhamdulilah, aku bersyukur sememangnya sangkaan aku tepat sekali, aku dapat rasa mula lapang fikiran ini secara beransur-ansur semasa sesi kelompok ini berjalankan dan setelah itu aku sedikit merasa lega setelah sesi kali ini hampir selesai. Selepas itu sehinggalah waktu petang persekolahan, aku hanya mampu untuk menjalankan sesi bimbingan. Sememangnya untuk menjalankan sesi kaunseling kelompok mahupun kaunseling individu, ia memerlukan kekuatan dan hanya mampu dijalankan sekali atau dua kali sahaja dalam tempoh sehari, kalau tidak ia memberi kesan yang negetif kepada kognitif dan meganggu kestabilan diri seorang kaunselor tersebut. Bagi sesi petang persekolahan, aku meneruskan sesi bimbingan, mungkin pada peringkat awal ini aku perlu untuk kenal para pelajar dahulu sebelum mengenalpasti masalah pelajar yang lebih serius yang seterusnya perlu untuk menjalankan sesi kaunseling.

Suasana Di dalam Asrama


Mencari Ketenangan Permandangan Disebalik Sekolah


Gelagat Pelajar yang Menceriakan

Kejohanan Sukan Tara

Malam Bersama Ghani

Monday, February 16, 2009

Isnin ( Minggu Ke-5 ) Hari Ke-25 Praktikum SMK KKB

Buah KoKo Khas untuk Kaunselor Pelatih Ihklas daripada Klien

16 Feb 2009 ( 20 Safar 1430 ) : Syukur sangat pagi ini aku dianugerahkan kesihatan dan kekuatan untuk aku meneruskan perjuangan sebagai guru pelatih yang memasuki minggu ke-5 telah berada di sek SMK KKB ini. Hari pertama setiap minggu persekolahan, dan hari yang aku nanti-nantikan bersama pelajar dalam perhimpunan pagi yang diadakan seawal pukul 7.30 pagi. Pada kebiasaanya, hari perhimpunan pagi aku hanya duduk di astaka, tetapi pagi ini aku turun ke tapak perhimpunan pelajar untuk lebih mendekati para pelajar, sebab zaman sekolah aku dulu, guru yang turun mendekati pelajar di tapak perhimpunan, memang cikgu itu mudah mendekati pelajar. Sepanjang pehimpunan ini juga, gelagat para pelajar yang hampir sama dengan zaman ketika aku sekolah dulu, membuatkan aku tersenyum bersaja. Cikgu Azmi, yang bertindak pagi ini megunting rambut pelajar yang panjang, membuatkan aku tergelak juga dalam hati, sebab teringat zaman sekolah dulu, memang manis kenangan itu dan terasa memang cepat masa berlalu. Selesai sahaja perhimpunan pagi, aku merasa lemah sangat, mungkin sebab tidak sarapan lagi. Pagi ini aku ada temujanji untuk menjalankan sesi kaunseling kelompok, tanpa aku melegahkan masa setelah bersarapan pagi, dalam pukul 9.10 pagi, aku terus menuju ke bilik kaunseling, memang aku menyedari, para pelajar yang ingin menjalankan sesi kaunseling pagi ini sudah berada awal di bilik kaunseling lagi. Aku cuba mengambil masa sedikit untuk menarik nafas dan menenangkan fikiran, sambil-sambil itu memberi borang catatan sesi kepada pelajar tersebut. Pada mula aku belum bersedia untuk menjalankan sesi pagi ini, tetapi apabila aku melihat kesungguhan ahli-ahli kelompok untuk lebih bersedia menjalankan sesi kelompok pagi ini, sememangnya aku merasa seronok bersama mereka. Aktiviti yang membuatkan aku berada dalam keadaan tenang dalam mengendalikan sesi kelompok pagi ini apabila ahli kelompok berjaya mencipta lirik lagu khas untuk kelompok. Pada peringkat pemulaan sesi, aku sudah tetapkan untuk menjalankan sesi sehingga sejam 30 minit sahaja, tetapi aku tidak meyangka bahawa sesi kali ini berjalan selama 3 jam, sehingga pukul 12.00 tengahari. Pada mulanya, aku merancang hanya dua atau tiga orang ahli kelompok sahaja diberi ruang untuk berkongsi, tetapi setelah masing-masing ahli kelompok sedia untuk memanjangkan masa untuk sesi kali ini, menyebabkan masa yang panjang telah diambil untuk meneroka masalah setiap ahli kelompok hanya melalui aktiviti yang lepas, yang mana aku meminta menjawap 5 soalan tentang diri mereka. Alhamdulilah kerjasama antara ahli dan kesediaan yang bersunguh-sunguh ahli kelompok untuk mengikuti sesi kali ini, menyebabkan masa sesi yang hanya dirancang selama sejam 30 minit, berlarutan selama 3 jam. Sememangnya aku merasa bahagia apabila masing-masing ahli kelompok sedia untuk berkongsi dan setiap ahli menjelaskan tentang masalah yang mereka hadapi, menyebabkan masa yang diperlukan ada lama. Uish, inilah sesi yang pertama kali aku laksanakan yang memakan masa selama 3 jam, keluar sahaja aku dari bilik kaunseling kelompok itu, baru aku terasa amat letih. Uish, letih sangat hari ini walaupun hanya sekadar menjadi pendengar yang baik. Tetapi yang menariknya hari ini, aku bersama nana (rakan praktikum) dihadiahkan 2 biji buah koko oleh pelajar, rasa bahagia sangat dapat tgk buat itu dalam diri yang sememangnya kepenantan. Walau bagaimanapun, setelah aku habis sahaja menjalankan sesi kelompok itu, 2 orang pelajar sedang menanti aku untuk menjalankan sesi. Dalam perancangan, aku kena jalankan sesi kaunseling individu pagi ini, tetapi bila badan rasa letih dan mulut pun terasa penat sangat, aku mengambil keputusan untuk sekadar menjalankan sesi bimbingan bersama 2 orang pelajar itu. Walau pun hanya sekadar bimbingan, tetapi letih juga dibuatnya sebab banyak sangat bercakap membimbingan pelajar tersebut sehinggalah tamat waktu persekolahan iaitu pukul 1.50. Uish letih sangat, aku rasa hari ini adalah hari paling pendek masanya sebab cepat sangat masa berlalu. Baru aku nak berehat sekejap, hadir 2 orang pelajar lagi untuk mendapatkan bimbingan, sehinggalah waktu petang. Apa pun, hari ini aku sempat menjeguk aktiviti di padang sekolah, yang mana kejohanan sukan tara bermula hari ini. Sememangnya, hari ini aku simpulkan terasa penat menjalankan sesi dan begitu cepat masa kalau kita menfaatkan masa itu dengan sempurna sekali.