Friday, January 23, 2009

19 Januari 2009M / 22 Muharam 1430H

Watikah Perlantikkan & Bacaan Ikral Majlis Kepimpinan Pelajar

Pagi Isnin yang memasuki minggu ke-2, aku diberi tugas oleh pihak sekolah bagi mengendalikan Majlis Watikah Perlantikan Kepimpinan Pelajar yang sebelum ini dikenali sebagai Pengawas Sekolah. Sememangnya pengalaman kali ketiga menjadi pengacara majis adalah satu pengalaman yang berguna untuk diri aku, bukan sahaja dapat membina keberanian dalam diri malah pengalaman yang berterusan ini akan membantu diri pada masa akan datang. Majlis yang bermula seawal 7.30 pagi sehinggalah berakhir pukul 9.00 pagi adalah berjalan dengan baik sekali walaupun terdapat sedikit kesilapan yang tidak disegajakan, walau apa pun ucapan terima kasih dan taniah dari guru-guru, sememangnya memberi sedikit semangat dalam diri aku sebagai guru pelatih yang baru seminggu berada di sekolah ini. Sejurus tamat sahaja majlis tersebut, aku terus melangkah kaki ke bilik kaunseling. Walau pun Program Maju Diri (PMD) hari ini tidak dijalankan, aku bersama nana, Cikgu Rosli dan Cikgu Fauzi berkerjasama mengemas fail-fail, borang-borang iventori dan bilik kaunseling. Selain itu kami juga berbincang tentang pengisian PMD yang akan dijalankan esok hari sebagai persediaan awal. Perancangan takwin turut dibincangkan bersama bagi meyeragamkan takwin kaunseling sekolah dengan takwin yang telah kami rancang seawalnya. Setelah tamat waktu sekolah pada pukul 1.50, aku terus melangkah menuju ke bilik mesyuarat sekolah kerana pada pukul 2.00 petang ini diadakan Taklimat Kelas Projek Khas (KPK) & Sistem Kawalan Salah Laki Korikulum (SKSLK), yang mana kami guru-guru pelatih bersama guru-guru baru diwajibkan menghadirinya. Aktiviti malam seterusnya diadakan dengan meneruskan lagi Orentasi Pelajar Asrama dengan bertemakan Team Building yang bermula dari 9.00 malam sehinggalah pukul 1.00 pagi dengan suasana yang cukup menceriakan sekali bersama pelajar-pelajar asrama sekolah tersekut.


LDK 1 : EXPRESSION FACE



LDK 2 : HALANGAN BERANTAI


LDK 3 : TELEFON ROSAK



LDK 4 : TAJI AYAM


17 Januari 2009M / 20 Muharam 1430H

Majlis Bacaan Ikral Pelajar Tingkatan 1

Sememangnya rasa keletihan yang tidak terhingga dapat aku rasakan yang baru seminggu berada di sek tempat aku pritikum ini. Hari ini hari sabtu, hari persekolahan diadakan seperti biasa kerana sebagai ganti cuti Tahun Baru Cina pada 2 minggu lagi. Aktiviti pagi ini diteruskan lagi dengan program Orentasi Pelajar Tingkatan satu yang memasuki hari terakhir yang mana hari kemuncak penbacaan ikral para pelajar. Pukul 8 pagi hinggalah waktu rehat iaitu pukul 10.10, motivasi meningkatkan belajar diberikan kepada para pelajar Tingkatan 1 tersebut. Selepas sahaja waktu rehat tamat, dari pukul 10.30 pagi taklimat ICT Sekolah Bestari, Taklimat Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Taklimat Disiplin dijalankan sehinggalah aktiviti penutup dengan Pembacaan Ikral dan menandatangani surat aku janji.

Taklimat Disiplin : Contoh Barang Rampasan

Alhamdulilah, lega rasa aktiviti minggu ni hampir selesai, apa pun aku kena bersiap sedia lagi dengan Program Orentasi Pelajar Asrama yang bermula petang ini. Pukul 2.00 petang, mesyuarat ko-kurikulum, sukan dan permainan diadakan yang mana aku terlibat dalam sukan bola tampar sebagai guru pelatih. Selepas itu, bermula pukul 3.00 petang bermulalah orentasi pelajar asrama sekolah ini, memang kalau ikutkan badan memang letih tetapi pekara yang lebih penting kena korbankan juga untuk mendekati para pelajar terutamanya yang berada di asrama sekolah tersebut.

16 Januari 2009 / 19 Muharam 1430

Merentas Desa Peringkat SMK KKB '09


Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Merentas Desa


Program Merentas Desa Peringkat Sekolah SMK Kuala Kubu Bharu berlangsung pada hari ini, sememangnya semua guru masing-masing bertugas, tidak terkecuali juga aku dan rakan-rakan sepritikum aku. Jadi hari ini tidak ada lah sesi pembelajaran macam hari-hari biasa. Aktiviti yang berlangsung seawal pukul 8 pagi hinggalah majlis penyampaian hadiah kepada pemenang larian merentas desa yang berlarutan sehingga pukul 11.30 tengahari. Hari ini program atau sesi bimbingan dan kaunseling tidak dapat aku jalankan, mestilah budak-budak ni kepenatan. Walau apapun, malam ini bermulalah program yang aku nanti-nantikan iaitu Orentasi Pelajar Asrama, yang sememangnya pengisian yang paling penting bagi pritikum aku kali ini. Alhamdulilah ia bermula dengan baik sekali.

Orientasi Pelajar Asrama Bermula

Tuesday, January 20, 2009

15 Januari 2009M / 18 Muharram 1430H

Program Suai Mesra Pelajar Tingkatan 1

Memasuki hari ke-4 berpritikum, Program Orentasi Pelajar Tingkatan 1 diteruskan lagi yang telah memasuki hari ke-3 program dengan modul yang serupa seperti semalam yang lebih berfokuskan Kemahiran Belajar. Seawal pukul 7.30 pagi pelajar telah berada di dalam dewan dengan dimulakan oleh Cikgu Rosli dan Cikgu Fauzi menberi pengenalan dan perkara-perkara yang dititiberatkan sepanjang program ini berlangsung kepada pelajar semua. Pukul 8.20, kemahiran membina matlamat telah disampaikan oleh Cikgu Azhana, sehinggalah sebelum waktu rehat dalam pukul 10.10 pagi slot petama sudah selesai.

Slot Kemahiran Belajar

Pecahan slot yang terbahagi kepada dua waktu ini adalah kerana Tingkatan 1 mempunyai 6 kelas, dan setiap waktu hanya 3 kelas sahaja yang terlibat. Bagi slot kedua seterusnya, mulai pukul 10.30 pagi, sekali lagi Cikgu Rosli dan Cikgu Fauzi memberi penerangan ringkas tentang program yang akan berlangsung sehingga tamat waktu persekolahan pukul 1.50 petang. Seterusnya pukul 11.10 pagi, aku memulakan slot dengan berfokuskan kemahiran mendengar secara berkesan, alhamdulilah aku berjaya melakukannya dengan baik walaupun menyedari banyak lagi ilmu perlu dipelajari agar masa-masa mendatang memberi keyakinan untuk menyampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada para pelajar. Aktiviti LDK sememangnya penting dalam menjelaskan sesuatu kemahiran agar para pelajar memahami apa yang disampaikan.

LDK : Kemahiran Mendengar Dengan Berkesan

Sehinggalah tamat waktu persekolahan pukul 1.50, program hari ke-3 selesai dijalankan. Sememangnya kelancaran aktiviti yang melibatkan kerjasama para pelajar yang baik membuat aku seronok bersama para pelajar. Hampir keseluruhan pelajar baru Tingkatan 1 ini menunjukkan kometmen yang positif untuk sama-sama mengikuti apa sahaja yang disampaikan. Pukul 2.00 petang, mesyuarat ko-kurikulum bagi sukan dan permaianan pula diadakan yang berlanjutan sehinggalah pukul 2.40 petang. Alhamdulilah, waktu petang hari ini tidak ada aktiviti dijalankan oleh pihak sekolah seperti hari-hari sebelum ini seperti latihan merentas desa. Masa yang ada ini, aku dengan rakan sepritikum aku Ashana, pergi melawat ke asrama sekolah untuk melihat secara dekat suasana persekitaran asrama sekolah itu sendiri selain mendekati para pelajarnya, alhamdulilah kedatangan kami disambut dengan baik dan sikap menghormati guru dikalangan pelajar membuatkan aku terharu sekali. Sememangnya, minggu pertama berada di sekolah ini pendekatan dengan berdampingan dengan para pelajar adalah penting untuk para pelajar ini menyedari kehadiran kami di sekolah ini.

14 Januari 2009M / 17 Muharam 1430H


Motivasi Kemahiran Belajar (Mendengar dengan berkesan)

Memasuki hari ke-3 berpritikum di SMK KKB hari ini aku meneruskan semangat lagi sebagai pendidik anak bangsa, dengan tersemat di dalam hati moga, hari ini lebih baik dari semalam. Perjalanan aktiviti aku hari ini sama juga seperti hari semalam. Meneruskan Program Orentasi Pelajar Tingkatan 1 seawal pukul 7.30, rakan sepritikum aku yang spoting gile lar boleh di kategorikan, memulakan senaman pagi bagi menghiburkan para pelajar. Sejurus daripada aktiviti itu, aku meminpin para pelajar dengan perkongsian ilmu, membimbing dengan Kemahiran Belajar yang lebih berfokuskan kemahiran mendengar. Alhamdulilah, aku berjaya laksanakan dengan sambutan yang positif dari pelajar, apa pun aku dapat sesuatu bagaimana menarik para pelajar tingkatan 1 itu. Aktiviti tersebut memakan masa hampir 2 jam tanpa aku sedari dengan kerjasama yang baik dari para pelajar yang mudah mendengar arahan. Sememangnya bagi menarik sesuatu penyampaian adalah kita sendiri bijak menyelitkan "aktiviti permainan" bukan sahaja sebagai menarik minat para pelajar mendengarnya, tetapi yang paling penting mereka memahami dan faham bagaimana sesuatu kemahiran dalam pembelajaran tersebut diaplikasikan.


LDK : Ujian Mendengar Dengan Berkesan
Manakala aktiviti bagi sesi kedua iaitu dari pukul 11.00 pagi hinggalah pukul 1.50 petang, rakan sepritikum aku pula mengambil bahagian dengan Kemahiran Membina Matlamat. Sememangnya bagi slot yang memakan masa panjang ini, bantuan Cikgu Fauzi dan Cikgu Rosli melegakan sedikit badan yang terasa keletihan mengawal pelajar-pelajar. Memandangkan petang ini dalam pukul 2.00 petang diadakan Mesyuarat Ko-Kurikulum bagi unit beruniform, dalam diikuti pula latihan merentas desa pukul 3.30 petang, sememangnya memerlukan tenaga yang banyak. Walau apa pun, sasaran minggu pertama di sekolah ini adalah yang utama mendekati para pelajar agar mereka mengenali kehadiran aku di SMK KKB ini. Mungkin pendekatan yang sebegini melalui aktiviti yang aku ikuti, kemesraan terjalin untuk lebih ahkab bersama para pelajar semua. Alhamdulilah, berjaya jua aku lalui hari ini dengan sempurna.

Monday, January 19, 2009

13 Januari 2009 Bersamaan 16 Muharam 1430H

Program Orentasi Pelajar Tingkatan 1
Alhamdulilah, hari ni dah masuk hari ke-2 aku berpritikum di SMK KKB, iaitu sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah bestari perdana. Hari ni bermulalah program pertama aku iaitu Program Maju Diri (PMD) yang akan berlangsung selama 3 minggu, yang melibatkan semua para pelajar mengikut tingkatan secara berperingkat-peringkat. Sampai sahaja aku di sekolah itu, kaki terus menuju ke pejabat pentadbiran untuk mengsahkan kehadiran melalui sistem komputer yang sedia digunakan oleh guru-guru. Tanpa aku mengambil masa yang lama untuk berada di dalam bilik pentadbiran itu, hanya dalam ingatan ku terhadap persiapan yang perlu bagi program PMD yang bermula seawal 7.30 pagi. Aku terus menuju ke dewan, kelihatan keadaan sunyi sahaja tanpa kelibat seorang pelajar ketika itu, dalam hati aku berkata mungkin aku datang awal pagi ni ke sekolah. Aku teruskan langkah menuju ke bilik kaunseling, kelihatan Cikgu Rosli tengah bergegas mengambil barang-barang untuk program sebentar lagi. Aku terus meyapa Cikgu Rosli, untuk membantu kalau ada benda lain yang perlu disediakan. Aku bersama Cikgu Rosli terus melangkah menuju ke dewan, baru ku kelihatan beberapa orang pelajar mula memasuki dewan. Kelihatan rakan sepritikum ku Ahsana berada di depan tengah menyadiakan bahan-bahan yang akan disampaikan kepada para pelajar dan Cikgu Fauzi juga kelihatan membetulkan wayar yang akan digunakan. Manakala Cikgu Ros tengah mengawal para pelajar yang semakin ramai memasuki dewan.

Sesi Perkenalan Bersama Para Pelajar Tingkatan 1

Program PMD pada minggu pertama ini adalah lebih berfokuskan Program Orentasi atau Program Suai Kenal pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang baru seminggu berada di sekolah ini. Pada peringkat awal, sesi dimulakan dengan pengenalan program yang dibantu oleh kaunselor sekolah sendiri iaitu Cikgu Rosli memulakan aktiviti pagi. Aku dengan rakan pritikum, Ahsana seterusnya menjalankan aktiviti Ice-breaking dalam kalangan pelajar yang bermatlamat merapakan hubungan sesama mereka. Alhamdulilah, pengalaman pertama mengendalikan para yang ramai seperti ini membuatkan aku sedikit kekuatan untuk terus mengaplikasikan ilmu kaunseling yang selamanya ini aku pelajari. Bagi sesi pagi ini hanya 3 kelas sahaja yang terlibat, dimana tingakatan 1 terdapat 6 buah kelas, bagi sesi kedua selepas waktu rehat nanti, 3 kelas yang seterusnya mengikuti program suai mesra sehinggalah tamat waktu sekolah. Sememangnya daripada program orentasi ini dapatlah aku mempromosikan diri kepada para pelajar, dan yang paling penting para pelajar baru tingkatan 1 ini mengenali diri aku ini.

Sesi Ice-Breaking

Tepat pukul 1.50 petang, program pun tamat. Pukul 2.00 petang ada mesyuarat kokurikulum masing-masing. Petang ni Ko-kurikulun bagi unit berunifrom, aku kena lak kadet bomba. Tapi tak apa lah, dengar je Cikgu yang terlibat memberi taklimat dalam membentuk Ahli Jawatankuasa baru. Selesai sahaja mesyurat tersebut, dalam pukul 3.30 petang, aku diarahkan terlibat dalam latihan Merentas Desa untuk mengawal para pelajar yang terlibat. Sememangnya, pengalaman hari kedua ini memang memenatkan. Walau apa pun perjuangan mesti di teruskan. Dalam pukul 4.50 petang aktiviti latihan merentas desa pun sudah selesai, waktu itulah aku terus meninggalkan sekolah. Alhamdulilah


Latihan Merentas Desa


Saturday, January 17, 2009

12 Januari 2009M Bersamaan 15 Muharram 1430H

Kenangan 2006 Kali Pertama Menjejak Kaki Di SMK KKB


Seawal jam 7.00 pagi bergerak dari Tanjung Malim menuju ke SMK Kuala Kubu Bharu dengan menunggang motosikal Kriss PET 5905, dalam suasana yang sejuk sekali hampir memakan masa 20 minit perjalanan, tepat jam 7.22 pagi aku melihat jam di handphone ketika sampai saja di sekolah KKB tersebut. Melihat suasana sekolah pada masa itu yang kelam-kabut, para pelajar bergegas ke padang sekolah untuk perhimpunan pagi, hatiku tetap tenang melihat karenah para pelajar tersebut. Aku meneruskan langkah, meninggalkan motosikal kesayangan aku itu untuk menuju tempat berkumpulnya guru-guru bagi perhimpunan pagi tersebut. Selangkah kaki ku menapak, kelihatan beberapa guru yang ku rasa guru pritikum, lalu ku tegur penuh mesra, hanya senyuman mampu dilemparkan, mungkin mereka juga dalam keadaan tidak tentu arah, biasalah kali pertama menjalankan pritikum, pelbagai persepsi di fikiran. Lalu aku teruskan langkah untuk menuju ke tapak perhimpunan, lalu sekali lagi aku terserempak dengan guru-guru pritikum yang ku yakini kerana sebelum ini pernah kelihatan mereka di kolej kediaman, dengan gurauan pagi aku mulakan perbualan, lalu mereka mengenali aku. Aku tidak megambil masa yang lama untuk bersama mereka, kerana aku hendak duduk bersama guru-guru sebagai menandakan diri ku hadir sekolah tersebut. Majlis perhimpunan pun dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor. Aku hanya mampu memerhatikan guru-guru sekeliling dan para pelajar yang hampir suku memenuhi ruang padang sekolah tersebut. Mata ku terus berfokus kepada pengerusi majlis apabila menyebut menjemput Tuan Pengetua untuk menyampaikan ucapan pada pagi itu. Dari awal hingga akhir ucapan Tuan Pengetua tersebut, pada mulanya aku bersemangat untuk mendengar ucapannya tetapi hati ini terasa seketika kerana hinggalah beliau menutup ucapannya pada pagi tersebut, tidak pun disebut atau diumumkan kehadiran kami pada para pelajar, tapi mungkin beliau tidak menyedari kehadiran kami, lalu aku hilangkan perasaan negetif tersebut. Tiba-tiba seorang guru menegur aku dengan menyatakan "Kamu ni guru pelatih UPSI ya?", lalu aku sambil tersenyum membalas jawapan guru tersebut, tidak sempat aku berborak lama dengan guru tersebut yang tidak aku kenali namanya, pengerusi majlis pun menjemput guru-guru dan para pelajar untuk bangun bagi menyanyikan lagu sekolah dan lagu jiwa minda. Setelah majlis perhimpunan tersebut tamat, lalu aku bingkas bangun dari duduk ku mendekati guru kaunselor sekolah tersebut yang ku kenali. Memulakan perkenalan bersama guru tersebut, hanya sepatah dua mampu ku luahkan, kerna sekeliling ku ada beberapa guru yang lalu aku menyapa dan bersalaman bersama guru-guru yang ada sebagai tanda hormat kepada mereka. Seketika mata ku mula memandang tajam kepada pengetua sekolah yang kelihatan seperti memberi arahan kepada 2 orang guru pelatih UPSI, lalu ku dekati mereka. Sememangnya tepat jangkaan aku, di mana mereka memberitahu, tuan pengetua meminta kami untuk berkumpul di bilik mesyuarat kerna ada sedikit taklimat yang akan diberikan. Kelihatan dipadang sekolah dan astaka, para pelajar dan guru-guru hampir semua bergerak menuju ke kelas masing-masing, lalu aku meneruskan langkah bersama rakan-rakan pritikum untuk mencari dimana kedudukan bilik mesyuarat tersebut. Lalu seorang daripada kami bertanya pada guru, lalu ditunjukkan dimana bilik mesyuarat tersebut. Aku terus melangkah masuk ke bilik mesyuarat tersebut, kelihatan baru seorang guru berada disitu, lalu meminta kami berkumpul untuk sesi fotografi semua pelatih. Beberapa minit kemudian, kelihatan 2 orang guru masuk ke dalam bilik mesyuarat tersebut. Tn. Hj. Rohaizad Mokhtar (Pen. Kanan Kurikulum) dan En. Abu Mansor Sathri (Pen. Kanan HEM) mula memperkenalkan diri mereka masing-masing. Dengan nada penuh ketenangan, Pen Kanan Kurikulum menerangkan beberapa peraturan mengenai sekolah yang perlu dipatuhi. Dengan mata ku terus memandang wajah guru tersebut, mendengar kata-kata beliau, aku cuba mengdengarnya dengan baik. Seketika kami diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing. Dalam bilangan yang ramai dikalangan kami guru-guru pritikum iaitu seramai 18 orang, guru itu menyatakan sememangnya pihak sekolah menghadapi masalah, tetapi pandangan aku pantas melihat ke pintu masuk bilik mesyuarat, kelihatan tuan pengetua melulu masuk. Lalu majlis dihentikan seketika oleh Pen. Kanan Kurikulum, untuk memberi laluan bagi tuan pengetua berucap. Tuan Haji Manap bin Jarkasi (Pengetua Cemerlang) mula memperkenalkan diri, lantas aku memberi fokus dari ucapan yang diberi, dimana tuan pengetua menitiberatkan tentang disiplin sebagai seorang guru, dari aspek penampilan dan tingkahlaku. Aku melihat jam di handphone, 9.23 pagi pada waktu itu dimana tuan pengetua mula beredar kerana menyatakan ada urusan lain yang perlu dihadiri. Lalu Pen. Kanan Kurikulum meyambung penerangan pada peringkat awal tadi, aku terus bersemangat untuk mendengar nasihat-nasihat beliau. Seterusnya En. Abu Mansor menambah tentang peraturan sekolah yang perlu dipatuhi. Tersentak mendengar dari pengalaman beliau, yang menyatakan sebelum ini juga pernah guru-guru pritikum UPSI kurang bertingkahlaku dengan baik menyebabkan beliau memberi arahan tegar agar kami bertingkahlaku lebih baik dari pelatih-pelatih pritikum UPSI sebelum ini. Dengan penuh khusuk mendengar nasihat dari En. Abu Mansor tersebut, tanpa disedari masa begitu pantas berlalu, sekali lagi aku melihat jam di handphoneku dimana waktu itu telah mencecah 10.33 pagi, rupanya hampir 2 jam kami berada di dalam bilik mesyuarat tersebut. Lalu kami semua bergerak keluar menuju ke bilik guru untuk berkenalan dengan beberapa guru yang berada disitu, sememangnya tidak dapat dinafikan guru-guru di sek ini mudah mesra, mungkin juga kehadiran kami terlalu ramai. Tepat jam 11. 04 pagi aku mengajar rakan pritikum kaunselingku Asyana untuk sama-sama ke bilik kaunseling. Alhamdulilah, sewaktu aku berdiri di depan pintu masuk bilik kaunseling tersebut, kelihatan 2 orang guru kaunseling tengah mengemas bilik kaunseling tersebut. Lantas aku terus menghulurkan tanganku untuk berjabat tangan dengan guru kaunseling tersebut dengan memperkenalkan diri, lalu kedua-dua kaunselor tersebut memulakan perbualan dengan memperkenalkan diri mereka. En. Ahmad Fauzi bin Mohamad Zin yang kelihatan sedikit berumur, dan bercermin mata seolah-olah banyak pengalaman dan ilmu yang ingin ku kongsi bersama, seorang lagi En. Rosli bin Sulaiman yang kelihatan muda dan matang, seolah-olah gembira kehadiran kami berdua sebagai kaunselor pelatih di sekolah tersebut. Cikgu Rosli rancak berbual dengan kami tentang pengisian sepanjang pritikum yang akan kami jalankan. Mereka juga memaklumkan ada lagi seorang kaunselor perempuan iaitu Puan Rosmina binti Abd. Hamid, tetapi bercuti pada hari itu. Terdetik dalam hati ini rasa syukur dengan izinNYA dapat bertemu dan berkerja bersama-sama kaunselor yang sedia membantu kami berdua dalam menyiapkan tugasan pritikum yang perlu dilaksanakan sepanjang 14 minggu mendatang ini. Cikgu Rosli memaklumkan kepada kami untuk mengendalikan program orentasi pelajar tingkatan satu mulai esok hari sehingga seminggu persekolahan pada minggu tersebut. Perbualan yang begitu menarik antara kami bersama Cikgu Fauzi dan Cikgu Rosli, tidak terasa lamanya, hanya apabila lonceng berbunyi 1.50 dimana sesi persekolahan satu sesi telah tamat. Memandangkan waktu pritikum sehingga jam 4.30 petang, aku terus megeraskan badan untuk berada di dalam bilik kaunseling tersebut. Sambil membaca modul-modul yang diberikan oleh Cikgu Rosli tadi tentang program yang akan dijalankan keesokan harinya. Beberapa minit kemudian, Cikgu Rosli bergegas untuk pulang. Tinggallah kami bertiga di dalam bilik kaunseling tersebut, tanpa mengendahkan suasana yang sunyi dalam bilik tersebut, kerana di awal minggu persekolahan ini pelajar yang datang untuk menjalankan sesi kaunseling pun belum ada, aku terus membaca modul dan berbincang untuk pengisian program esok hari. Tepat jam 2.50 kelihatan Cikgu Fauzi mengemas barang-barangnya seolah-olah hendak balik, aku pun memandang rakan pritikum aku, sebagai isyarat apa yang nak dibuat lepas ni, berkata dalam hati ni, masa kan kami berdua-dua berada di bilik kaunseling ini untuk menunggu sehingga 4.30 petang. Aku cuba keluar dari bilik kaunseling tersebut, dengan suasana yang sunyi di sekolah tersebut, semua pelajar telah pulang, membuat aku terkaku seketika. Lantas Cikgu Fauzi melemparkan senyuman, lalu berkata hari ini belum ada lagi pelajar yang hendak buat sesi, program pun belum bermula, jadi kamu bolehlah balik dulu, cikgu pun dah nak balik ni, kata Cikgu Fauzi. Tanpa berkata apa-apa aku mengiyakan kata-kata cikgu tersebut, lalu kami pun bergerak untuk balik dalam keadaan serba tanda tanya, boleh ke kami balik awal ni sebelum 4.30 petang. Dalam perasaan yang berbaur serba salah, aku tidak ada pilihan lain untuk terus melangkah keluar menaiki moto meninggalkan sekolah tersebut dimana pada waktu itu tepat jam 3.11 petang.